Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 28, 2013

Kenapa masih buta? LPF BUTA KAYU???




SELEPAS berjaya menghasilkan filem kontroversi berjudul Nasi Lemak 2.0, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee mengarahkan pula sebuah filem berunsur gengster yang menggabungkan tiga kaum terbesar, Hantu Gengster.

Ternyata rezeki memang berpihak kepadanya apabila kedua-dua filem ini mendapat pungutan yang tinggi jika dibanding dengan filem tempatan yang lain. Nasi Lemak 2.0 sahaja sudah mendapat kutipan sebanyak RM7 juta.

Terbaru, filem arahan ketiganya, Kara King pula menjengah panggung awal bulan lalu. Filem ini merupakan filem terbesar bagi Namewee apabila dijangka ditayangkan di beberapa negara Asia.

Bukan itu sahaja, filem ini juga dikatakan turut akan ditayangkan di Kanada. Memang pada dasarnya penghasilan serta perjalanan filem ini boleh dibanggakan kerana ia filem "buatan Malaysia".

Jika diperhatikan memanglah filem Kara King tidak mempunyai apa-apa masalah, malahan kita sendiri cukup suka apabila filem-filem seumpama ini diterbitkan, tidaklah kita terpaksa menonton filem-filem lawak bodoh tempatan seperti yang dihasilkan selama ini.

Tidak mahu pergi jauh mengenai filem ini sekadar babak pertama sahaja kita sudah faham apa yang pengarah ini ingin sampaikan.

Seawal babak pertama filem ini sahaja sudah ada agenda tersendiri apabila Namewee (anak kepada Ng Mang Tat) kencing di tepi jalan. Selepas cuba merasuah polis, Namew ee pusing badannya ketika kencing dan air kencingnya terkena pada pakcik dan makcik yang Melayu, yang sedang menunggang motosikal.

Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?

Sekiranya ada filem Melayu yang memaparkan perkara seumpama ini, semestinya ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati akan memperbesarkan isu ini sehingga ditunda ke beberapa tarikh seperti yang berlaku terhadap filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba sebelum ini.

Perkara ini seakan-akan menjadi bahan lawak bagi Namewee sedangkan ini adalah satu cara baginya untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap orang Melayu. Perbuatan ini memanglah satu lawak baginya namun isu ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang kecil.

Walaupun sudah merangkul anugerah Best Asian New Director di Osaka, Jepun, janganlah dijadikan anugerah itu sebagai tiket untuk menghasilkan filem sampah seumpama ini. Bukan menaikkan isu rasis namun, inilah kenyataan yang dibawakan oleh anak muda yang berasal dari Muar, Johor ini.

Melalui Kara King yang dikatakan bercita-cita ditayangkan di beberapa negara luar ini, sememangnya akan membawa imej Malaysia yang terpesong di luar sana. Penonton luar akan menganggap apa yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah Malaysia padahal itu hanya agenda pengarahnya.

Malaysia yang digambarkan dalam filem Kara King didominasi oleh kaum Cina. Walaupun ada diselitkan beberapa watak Melayu dan India namun secara keseluruhannya ini adalah Cina. Ini dijangka akan merintis fenomena baru di mana filem tentang bukan Melayu yang mendominasi negara ini.

Kebiasaannya filem yang sudah siap perlu melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu sebelum ditayangkan. Namun adegan Cina kencing Melayu terlepas dari tapisan LPF seperti terlepasnya filem kontroversi The New Village. Kemungkinan besar LPF masih "buta" dalam membaca wacana dalam setiap filem. Adakah terlalu sukar untuk membaca agenda Namawee yang menghina orang Melayu dalam filem ini? Adegan Melayu dikencing Cina dilepaskan dan adakah ini tidak difikirkan oleh LPF?



Utusan

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.