Penyandang
kerusi bagi mana-mana jawatan di peringkat kepimpinan Umno perlu
lebih bersedia untuk dicabar dengan kaedah pemilihan yang lebih
terbuka dan inklusif.
Pemilihan
yang diadakan selepas berlangsungnya PRU13 dilihat masa sesuai untuk
ahli Umno membuat pilihan berdasarkan penilaian tepat untuk
memastikan kesinambungan kepimpinan lebih berkualiti.
Sesiapa
sahaja yang menawarkan menjadi calon, pemilihan kali ini adalah medan
untuk memastikan ahli terus menghidupkan tradisi parti dengan memilih
pemimpin yang dirasakan lebih baik memimpin parti di pelbagai
peringkat.
Apabila
terbuka, kita perlu serahkan sepenuhnya kepada ahli. Walau sesiapapun
bertanding, saya rasa ahli Umno bijak memilih yang benar-benar
berkemampuan dan berkelayakan untuk membawa hala tuju parti di
pelbagai peringkat ke arah lebih baik.
Kepada
pencabar yang berani tampil ke depan, adalah diharapkan agar semua
pihak memandang perkara itu lebih positif selari dengan kaedah
pemilihan baru kali ini.
Mana-mana
individu yang mahu mencabar penyandang di kerusi tertentu tidak
seharusnya dikongkong dan yakin perkara itu mampu memberi imej lebih
baik kepada Umno dengan membuktikan parti itu mempunyai ramai
pemimpin pelapis dan bersedia berkhidmat untuk parti.
Kita
tidak perlu sekat mana-mana pihak yang mahu bertanding kerana itulah
yang menunjukkan Umno sebenarnya mempunyai ramai ahli yang bersedia
menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan parti.
Justeru
diharapkan mana-mana calon yang terpilih bijak memainkan isu
sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Manakala
pihak yang bertanding juga perlu berkempen secara sihat dengan tidak
menyentuh isu peribadi yang boleh mengaibkan mana-mana pihak.
Jika
boleh elak isu peribadi sepanjang kempen, sebaliknya berkempenlah
secara matang kerana yang dipilih kelak bakal menentukan hala tuju
kepimpinan Umno di peringkat masing-masing.
Ps:
Pesan orang tua - tua, 'Kalau takut dilambung ombak, jangan mimpi la
nak jadi pemimpin!!!' Nak pulak bagi 'Orang Lama'.
Bagi
mana - mana pemimpin yang tak buat kerja tu, sedar - sedar la diri
sikit. Jangan rasa selesa sangat duduk atas kerusi diatas tu. Silap
langkah, kerusi tu boleh patah!!!
No comments :
Post a Comment