Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, August 27, 2013

Tukang urut lari berbogel



SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.



Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.


“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sinar Harian
26 Ogos 2013




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.