Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, August 31, 2013

Media :: Press Release NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS TIDAK BERJADUAL LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1), FASA 2 (SSP2), FASA 3 (SSP3) DAN RANTAU PANJANG


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa operator loji bagi pihak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Rantau Panjang iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan operator loji bagi LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengesan pencemaran air di Sungai Selangor disebabkan tumpahan minyak diesel terletak di hulu sungai muka sauk air mentah loji-loji rawatan air berkenaan. Tumpahan minyak diesel ini telah dikesan oleh operator loji berkenaan sekitar jam 8.00 pagi, 30 Ogos 2013 dan ekoran daripada itu, kedua-kedua operator loji berkenaan telah menghentitugas keempat-empat loji rawatan berkenaan di antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi ini. Pihak operator loji berkenaan memaklumkan bahawa ianya dijangka akan mengambil masa sekitar 14 jam sebelum tumpahan minyak diesel tersebut melewati muka sauk air mentah loji rawatan air masing-masing. Di samping itu, pihak kedua-dua operator loji rawatan air sedang memantau keadaan bagi memastikan air yang tercemar tidak mengalir masuk ke loji rawatan air supaya setiap LRA dapat beroperasi semula dengan kadar segera apabila pencemaran tidak berlaku lagi.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah bagi wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor pada jam 4:00 petang hari ini dan meletakkan kakitangannya dalam keadaan tunggusedia untuk mengurus gangguan bekalan air disebabkan hentitugas tidak berjadual loji-loji rawatan tersebut termasuk bantuan bekalan air kepada pengguna yang terlibat.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.