Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 25, 2013

DAP RASIS AKHIRNYA TUNDUK KEPADA ROS

DAP RASIS AKHIRNYA TUNDUK KEPADA ROS

Akhirnya parti rasis Dap mengalah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan Disember depan.

Ini setelah berbulan-bulan Dap cuba bermain silap mata dengan ROS, mencuba bermacam-macam helah supaya benangnya yang basah boleh ditegakkan dengan apa cara sekalipun.

Malangnya ROS bukanlah sebodoh Pas yang telah berjaya dijadikan keldai di dalam Pakatan Rakyat.

Sebagaimana DAP telah berjaya menundukkan Pas untuk menggugurkan asas perjuangan parti itu untuk menubuhkan Negara Islam, begitu juga ROS mereka ingat boleh dilembukan mengikut telunjuk mereka.

DAP Silap besar kerana ROS bukan sebuah parti politik tetapi sebuah agensi kerajaan yang berfungsi mengikut landasan undang-undang dan peraturan yang telah digunapakai sekian lama.

Namun ROS bukanlah sekejam seperti yang cuba ditonjolkan oleh parti perkauman itu.

Sekiranya ROS mempunyai agenda politik atau bersikap tidak berperikemanusiaan, Dap sudahpun diharamkan semasa kekecohan sebelum kempen Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Tetapi ROD bersikap professional dan melayan Dap sama seperti mana-mana pertubuhan atau persatuan lain tanpa memilih bulu.

Setelah Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang menangis teresak-esak di depan kamera dalam sidang media mengenangkan partinya berdepan dengan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya, ROS pun berlembut dan memberi peluang kepadanya sekali lagi.

Mungkin Kit Siang akan berkata dikemudian hari bahawa air mata buayanyalah yang menyelamatkan Dap daripada diharamkan.
Namun begitu Dap tidak berterima kasih malah menghentam ROS seolah-olah agensi kerajaan itu mempunyai motif untuk menindas dan menganiaya.

Sepatutnya ROS tidak beri memmuka kepada Dap sebagaimana ia bertindak untuk mengharamkan UMNO pada 1988 dahulu.


Hakikatnya Dap telah melakukan satu penipuan yang amat jelas dan ketara dengan tidak memaklumkan melalui surat kepada 753 perwakilan parti itu mengenai pemilihan parti itu.

Tujuannya ialah supaya kesemua perwakilan yang berbangsa India itu tidak dapat berpartisipasi dalam proses pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi Dap.

Setiausaha Agung, Lim Guan Eng takut jika 753 orang perwakilan India itu turut sama, keadaan akan menjadi sukar untuk beliau menposisikan senarai kroninya dalam CEC.

Malah dalam buku kecil yang ditulis oleh seorang yang dikenali sebagai Father Augustus Chen, penulis mendakwa terdapat 547 pengundi hantu semasa pemilihan CEC Disember tahun lalu.

Kit Siang melenting bagai nak gila apabila muncul buku tersebut kerana ia mendedahkan penyelewengan sebenar dalam pemilihan CEC tersebut.

Imej Dap sebagai sebuah parti yang berjuang atas prinsip demokrasi, keadilan dan ketelusan akhirnya terbongkar sebagai parti hipokrit besar yang sanggup menipu dan berkomplot untuk menafikan sebahagian besar perwakilan untuk mengundi dalam mesyuarat agung tahunan parti.

Apabila berlakunya krisis yang mencemarkan maruahnya, Dap terpaksa mengaku kesilapannya tetapi pada masa yang sama cuba sedaya upaya untuk menutup penyelewengan yang dilakukan dengan memberi alasan ia berpunca darpada masalah teknikal.

Hakikatnya ia bukanlah masalah teknikal atau apa-apa masalah lain.
Ia adalah satu penipuan terancang oleh Kit Siang dan anaknya Guan Eng untuk meletakkan pemimpin-pemimpin Cina pilihan mereka di dalam CEC dengan menolak calon-calon Melayu dan India.

Akhirnya Dap cuba menipu dan mengaburi rakyat sekali lagi dengan mengangkat seorang lagi Cina yang berpura-pura berlakon sebagai Melayu hanya kerana menjadi anak tiri bekas pemimpin UMNO.

Inilah yang dikatakan bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut. Kerana nak tunjuk pandai sangat sampai menelanjangkan kebodohan sendiri.
Isunya senang sahaja iaitu Dap menipu dalam pemilihan CEC tetapi spin punya spin akhirnya terbelit badan sendiri!


Kepada melayu-melayu yang masih tak sedar diri dalam Dap, bersiap-siaplah untuk mengampu pemimpin-pemimpin anda di sana. Pisau


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.