Propaganda terbaru DAP yang melantik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Ketua Pasukan Bertindak Terhadap Jenayah (CAT) "Head Anti Crime Task Force" bagi parti itu baru-baru ini.
Setiausahanya,
Lim Guan Eng mengumumkan perlantikan tersebut yang menjadikan Teresa
sebagai Ketua DAP untuk melawan jenayah di Malaysia sebaik selesai
mesyuarat tergempar di Kuala Lupur baru-baru ini.
Secara
spontan terbayang wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ini disebabkan Perlantikan Teresa sebagai “big boss” untuk
memerangi jenayah seolah-olah mengenepikan peranan dan tugas hakiki
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Perlantikan
sebagai “Ketua Polis DAP” ini adalah satu lagi siri sandiwara DAP
untuk mengubah tumpuan ramai terhadap kontroversi integriti dan
ketelusan yang menjadi pertikaian di kalangan ahli parti “chauvinis
ultra kiasu” itu.
Untuk
mengalih tumpuan umum, “andartu” itu perlu dilantik menjadi
“heroin” untuk “mengkambing hitamkan” PDRM. Padahal, mereka
mahu mengelak dari terus dikutuk berkenaan pemilihan CEC parti yang
dicemari dengan kontroversi “kroni Dinasti Lim”…
Lebih
pelik lagi, tugas pertama Teresa ialah mendesak pihak polis
meningkatkan guna tenaga kerja anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah
untuk memerangi jenayah. Mereka mahu tingkatkan jumlah anggota?
Tidak
dinafikan kebelakangan ini kejadian tembak menembak mengakibatkan
banyak kematian berlaku di negara kita. Namun apakah wajar kita
menghukum pihak berkuasa khasnya Tan Sri Khalid tidak melakukan
sebarang tindakan atau siasatan mengenainya?
Apakah
kita fikir KPN kini sedang lepak-lepak di “coffee house” hotel 5
bintang sambil minum cappucino caramel sambil menghisap cerut Cuba
dan menghembus asapnya berkepul-kepul? Pihak polis berpeluk tubuh
saja, kah?
Mungkin
ada pihak yang “termakan” dakyah pembangkang yang sengaja
memperlekehkan peranan dan tindakan pihak PDRM dalam usaha mengekang
jenayah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Malah
ada yang membuta tuli berpandangan sama seperti Pakatan Haram yang
sesuka hati mengatakan bahawa Malaysia kini sudah “tidak selamat”.
Benarkah Malaysia sudah tidak selamat? Atau mereka hanya terpengaruh
dengan tohmahan pembangkang?
Sebagaimanan
tuan-puan, saya juga percaya pihak polis tidak pernah berdiam diri
malah sedang bertungkus lumus menyelesaikan apa jua kes-kes jenayah
yang berlaku..
Cuma,
biarlah logik sikit bila berfikir. Takkanlah pihak polis boleh
selesaikan kes tersebut sekelip mata? Baru dua minit mangsa mati
ditembak, lima minit kemudian dapat ditangkap terus penjenayahnya?
Ini bukan cerita main “police and thief” macam budak-budak main
itu…Agenda sebenar pendakyah itu hanyalah bermotif menjatuhkan
kreadibiliti polis semata.
DAP nak tolong bayar gaji anggota polis, kah? Kalau boleh bayar “Red Bean Army”, takkanlah tak boleh bayar gaji polis, bukan?
Persoalannya,
takkanlah tugas “Ketua Polis DAP” hanya untuk mendesak
pertambahan anggota pihak berkuasa dalam JSJ? Itu bukan “Ketua
Polis DAP” namanya.
Itu namanya “Ketua Pendesak dan Perlekeh
PDRM”. Letaklah nama jawatan begitu, bukankah senang nak faham?
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment