Lim
Guan Eng adalah anak Lim Kit Siang. Kalau bapanya chauvinist, anaknya
pun samalah!
Tragedi
13 Mei 1969 akan terus kekal dalam lipatan sejarah sebagai ‘sumbangan
paling bermakna’ Lim Kit Siang dan DAP di negara ini dalam
menjadikan Melayu sebagai bangsa yang boleh dihina oleh kaum
pendatang setelah kaum pendatang diberikan kerakyatan menerusi kaedah
Jus Soli menjelang kemerdekaan negara ini.
Memandangkan
Malaysia merdeka tanpa perlu menumpahkan darah, puak-puak yang
diketuai oleh Lim Kit Siang cuba mengambil kesempatan, sehinggalah
sekarang, dengan mendabik dada kononnya mereka juga menjadi
penyumbang kepada kemerdekaan walaupun hakikatnya, mereka hanya
berfungsi untuk mendapatkan kekayaan dan mengambil kesempatan.
Filem
TANDA PUTERA yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dan diarahkan oleh
Shuhaimi Baba, mengisahkan saat-saat penting dua orang pemimpin
negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail
pada kemuncak 13 Mei 1969.
Rentetan
sejarah telah digarap dan dikembangkan ke layar perak. Elemen-elemen
hiburan turut dimasukkan agar filem berkenaan tidak menjadi sebuah
dokumentari memandangkan Malaysia amat sensitif dan berusaha sedaya
upaya agar Tragedi 13 Mei 1969 tidak diperkatakan secara jelas, telus
dan jujur sebagaimana punca-punca British meletakkan Residen atau
penasihat mereka di negeri-negeri Melayu seperti Pahang dan Perak
yang semuanya bermula daripada Cina.
Sejarah
itulah yang paling dibimbangi oleh DAP setelah DAP berusaha keras
agar sejarah negara ini ‘diperbetulkan’ dengan memasukkan Cina
dan kaum pendatang sebagai penyumbang kemerdekaan. DAP dan Lim Kit
Siang secara peribadi sehingga ke hari ini tidak pernah mengaku,
kempen dan hasutan yang mereka lakukan itulah yang menyebabkan
tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969.
Samalah
seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dan para pendokongnya yang tidak
pernah mengakui bahawa mereka telah melakukan keganasan, pembunuhan
dan kezaliman ke atas rakyat negara ini sebaliknya mendabik dada
bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan dan mereka adalah pejuang
rakyat. Dan lebih menarik lagi ialah apabila mereka menuding jari ke
arah gerombolan yang tidak pernah wujud kononnya, gerombolan itulah
yang melakukan keganasan, bukannya Parti Komunis Malaya.
Bukan
kerana malu dan bukan juga kerana penyelewengan fakta, tetapi
sebenarnya DAP amat takut sekiranya generasi muda, lebih-lebih lagi
orang Melayu dan Bumiputera tahu kisah sebenar dan peranan yang
dimainkan oleh DAP serta Lim Kit Siang dalam tragedi berkenaan. Dek
kerana itulah, selagi boleh mereka cuba untuk menidakkan dan
menafikan hak generasi muda untuk mengetahui sejarah sebenar negara
ini, khususnya yang melibatkan hubungan kaum.
DAP
seringkali memberitahu dunia, kononnya parti tersebut bukanlah
chauvinist dan hanya memperjuangkan kesamarataan. Namun pada masa
yang sama, apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya ialah menyemarakkan
lagi permusuhan antara kaum. DAP menyalahkan UMNO tetapi fakta
sejarah juga tidak menipu bahawa UMNOlah yang membenarkan para
pemimpin DAP dan ibu bapa mereka menjadi rakyat negara ini. Tanpa
UMNO, Lim Kit Siang anak beranak tidak akan sama sekali bergelar
rakyat Malaysia!
Tindakan
yang dilakukan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang,
mengharamkan penayangan Tanda Putera di seluruh Pulau Pinang, dilihat
amat melucukan. Bagaimana seorang anak pendatang yang diberikan hak
kewarganegaraan dan hak mengundi, bahkan dibenarkan pula menduduki
kerusi kuasa selaku pemimpin politik, tiba-tiba jadi lupa daratan?
Yang
pastinya, arahan daripada Lim Guan Eng agar TANDA PUTERA tidak
ditayangkan di serata Pulau Pinang, akan dipatuhi memandangkan
pawagam-pawagam yang akan menayangkannya milik cinabeng yang menjadi
penyumbang kewangan kepada DAP.
Justeru,
secara lebih bijak, seharusnya UMNO memainkan peranan untuk
menayangkan filem tersebut menerusi kaedah WAYANG PACAK sepertimana
yang dilakukan oleh UMNO beberapa dekad lepas atas nama PENERANGAN.
Eloknya setiap Bahagian UMNO menjalankan operasi tersebut dan
menayangkannya secara percuma walaupun ancaman daripada DAP dan Lim
Guan Eng nanti menggunakan PBT dan lesen hiburan, akan menjadi
tajuk-tajuk utama media pecacai mereka.
Atau
sebenarnya, elok juga UMNO membuat siaran berbayar iaitu menyewa masa
siaran di saluran-saluran televisyen di Malaysia untuk menayangkan
filem tersebut secara tiga hari berturut-turut.
Namun
yang menjadi persoalan, beranikah UMNO untuk kembali ke pangkal
perjuangannya?
Baca
info selanjutnya : di
sini
No comments :
Post a Comment