Kemeriahan
sambutan Aidilfitri masih lagi terasa di setiap pelusuk negara.
Rata-rata rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih lagi berada di
dalam “mood raya” dan saling kunjung mengunjung antara satu sama
lain mengeratkan tali silaturrahim.
Di
mana-mana ada rumah terbuka. Sama ada miskin atau kaya, kerani atau
Menteri, masing-masing sebok melayan tetamu di rumah mereka. Mungkin
begitulah temasya sambutan hari kemenangan melawan hawa nafsu di
bulan puasa. Apapun, Ramadhan tetap dirindui…
Baru-baru
ini seorang sahabat yang agak “poyo” kononnya meluahkan rasa,
seolah-olah tidak suka umat Islam dan masyarakat majmuk di negara ini
beraya selama sebulan (syawal). Katanya, kemungkinan budaya berhari
raya selama sebulan hanya wujud di Malaysia.
Saya
hanya diam mendengar “ceramah”nya. Maklumlah, orang PAS kalau
disanggah awal-awal, silap-silap boleh berguling atas jalanraya
marahkan kita. Saya biarkan dia berceramah.
Akhirnya,
dia habiskan juga leterannya yang “poyo” itu. Saya tersengih lalu
berkata, “PAS beraya sepanjang tahun takpa pun, hang tak berleter
pun…”
Kata-kata
itu membuat dia terpiga. Dia bertanya, “bila masanya PAS beraya
sampai setahun?”
Saya jawab, “bukankah PAS berpilihanraya
sepanjang tahun, orang lain sebok bangunkan negeri dan negara, PAS
sebok berceramah setiap hari.
Macam nak pilihanraya minggu depan
pulak..”.
Saya
tambah lagi, “bukankah pilihanraya pun macam raya jugak? Cuma hari
raya Aidilfitri setahun sekali, tapi pilihanraya umum 5 tahun sekali.
Maka sepanjang tahun la PAS berpilihanraya berkempen di sana sini..”.
Saya
tertanya-tanya, apakah di Malaysia saja ada budaya “berkempen
politik” sepanjang tahun?
Mengikut
pengamatan saya, negara-negara maju dan membangun yang lain hanya
berpolitik dan berkempen di dalam tempoh berkempen yang diumumkan.
Diluar tempoh itu mereka sama ada kerajaan atau pembangkang
bekerjasama membangunkan negara.
Peliknya
di Malaysia, sedang kerajaan BN sebok melaksanakan polisi, dasar dan
memberikan khidmat terbaik pada rakyat, puak-puak pembangkang sebok
berkempen politik iang dan malam, di dalam dan luar negara.
Puak
pembangkang tidak pernah “cuti” dari berpolitik, kah? Apakah
mereka mahu Malaysia adakan pilihanraya setiap bulan? Tidak puas
mengutuk dan memperlekeh negara di dalam, mereka terbang ke luar
negara memperkecil-kecilkan kerajaan BN bersama proksi mereka.
Tidak
cukup dengan itu, mereka berpakat dengan kroni-kroni antarabangsa
yang berkait rapat dengan Yahudi Israel dan sama-sama melancarkan
“perang propaganda” politik jijik yang langsung tidak dapat
diterima akal.
Contohnya
kes pembelian Scorpene yang dikaitkan dengan mendiang Altantuya.
Percuma saja Datuk Seri Najib difitnah berhubung isu itu. Padahal,
beliau sudah bersumpah bersaksikan Allah dan terbukti tidak punya
kaitan langsung dengan kes tersebut.
Tapi
mungkin kulit puak-puak yang berpakat untuk menipu rakyat itu
semuanya tebal-tebal macam tembok Berlin, maka mereka langsung tak
terlintas untuk meminta maaf pada Datuk Seri Najib dan keluarga.
Hatta di Aidilfitri pun mereka masih tidak pohon maaf atas fitnah
tersebut?
Merah
padam juga rakan saya mendengar sindiran sinis itu. Tapi cepat-cepat
saya pujuk. Kata saya, PAS boleh berpolitik sepanjang tahun. Tiada
salah dalam amalan itu dari sudut Islam. Cuma berpada-padalah dan
ingat sama pada dosa pahala, kan?
Baca seterusnya : di sini
No comments :
Post a Comment