Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 21, 2013

BUS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS


Nahas bas di Genting Highland dipercayai meragut nyawa sekurang-kurangnya 32 penumpang, seorang disahkan maut dan 16 lagi dilaporkan berjaya diselamatkan setakat ini selepas bas terjunam ke dalam gaung petang ini sewaktu menuruni bukit.

Anggota bomba dan penyelamat yang bertugas di tempat kejadian. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Ogos, 2013.


Setakat jam 5.30 petang 16 mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

Bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 49 penumpang di mana kemalangan berlaku pada jam 2.46 petang.

Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila tiada laluan jalan raya yang menghubungkan ke gaung itu sehingga memaksa anggota bomba menggunakan kren untuk menjalankan operasi menyelamat.


Pegawai Bomba Shukri Md Noor memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands menerima panggilan pada jam 2.22 petang dan kemalangan dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan Jalan Genting Karak menuruni bukit menuju ke Kuala Lumpur. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.