Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 28, 2013

MEDAN SELERA SEKS DISERBU..!!!


Keasyikan sekumpulan tonto yang diupah mengawasi satu medan selera di Jinjang Selatan, di sini, yang menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) menyaksikan wanita warga China membuat persembahan mengghairahkan menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa membuat serbuan, kelmarin. 

Dalam serbuan jam 10.45 malam itu, 15 wanita warga China, lapan wanita warga Indonesia, dua wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga China ditahan Jabatan Imigresen Putrajaya kerana menyalahgunakan permit kerja, tinggal lebih tempoh selain tidak mempunyai dokumen lengkap.

Timbalan Penolong Pengarah I (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Abdul Malik Bujang berkata, serbuan berkenaan berdasarkan aduan orang ramai mengenai kegiatan pengusaha medan selera itu yang menyediakan khidmat GRO warga asing. 

Ketika serbuan, sekumpulan GRO warga China berpakaian seksi sedang membuat persembahan di atas pentas. 

Mereka cuba lari sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, namun masing-masing gagal melepaskan diri berikutan premis itu sudah dikepung,” katanya.

Sumbernya : KL BOYS


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.