Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, August 25, 2013

The J-Star kata tembak mati 5 lelaki India adalah kes “mangsa pembunuhan” polis

Screenshot: “Murder victims” kata keterangan gambar The Star(21 Ogos 2013).

Suratkhabar milik MCA itu(lihat bawah)merujuk kepada mayat lima lelaki India – yang sedang diusung keluar – sebagai “mangsa pembunuhan [polis]“.
Mereka ditembak mati ketika satu serbuan ke atas pangsapuri yang diduduki mereka.

Belia-belia India itu “dibunuh” – mengikut kata The J-Star– polis beberapa hari lepas di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Akhbar itu memaparkan laporan-laporan pada muka depan (20 Ogos) dan mukasurat 3 (tiga rencana disiarkan pada 20 Ogos tentang kejadian) serta mukasurat 4 (lima rencana disiarkan pada 21 Ogos).

??????????????
Rencana The J-Star menyebut lima orang “murder victims” telah dibunuh polis

Prihatin terhadap nasib kaum India


MCA sebenarnya membiarkan sahaja akhbar milik parti Cina itu untuk membuat liputan berita ikut budi bicara pengarangnya.

Seorang bekas pengarang urusan The Star,P. Gunasegaram, pernah mendedahkan: The Star is owned by the MCA and run by the MIC for the benefit of the DAP.


http://www.malaysiakini.com/news/238909

The J-Star sememangnya pro-DAP

Timbalan Presiden MCA mempertahankan keputusan partinya untuk membenarkan akhbar milik mereka berada di luar kawalan serta pengaruh BN. 
Timbalan Presiden MCA mempertahankan keputusan partinya untuk membenarkan akhbar milik mereka berada di luar kawalan serta pengaruh BN. 
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tampil mempertahankan pemilikan parti itu ke atas akhbar The Star, dengan menyatakan bahawa ia tidak campurtangan dalam dasar editorial akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

“Walaupun MCA memiliki sebahagian daripada saham dalam The Star, tetapi ini tidak bermakna MCA campurtangan dalam kebebasan akhbar,” kata Liow.

Ditanya sama ada sesuai untuk sebuah parti politik memiliki sebuah akhbar harian sebagai medianya, Liow berkata, setiap unit dalam The Star mempunyai autonomi sendiri dari segi operasi di bawah pasaran bebas. — sumber Malaysiakini (21 Ogos 2013)

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/19/Gang-gun-shooting-five-dead-Penang.aspx

Bunyi The J-Star pun mirip Malaysiakini

Tajuk berita The J-Star pada 21 Ogos 2013 berbunyi: ‘Grand send-off for five killed in shootout‘ manakala tajuk berita Malaysiakini ialah ‘Grand funeral for one of five shot dead‘.

Laporan The J-Star berciri “Cili kasi taruh”. Tajuk berita akhbar itu ialah Penang cops gun down 5 members of notorious gang‘ (lihat screenshot atas). Suratkhabar MCA itu mengandaikan bahawa 5 orang lelaki India itu berupa ahli “geng” serta ditokok-tambah bahawa geng mereka adalah “notorious”.

Sebagai perbandingan, tajuk berita FMT (19 Ogos 2013) – ‘Five shot dead in Penang‘ – adalah lebih mematuhi etika kewartawanan kerana tidak dibubuh rencah ikut selera sensasi dan ikut hati.


??????????????
Liputan kelmarin oleh akhbar Harian Tamil Malar, m/s 3 


Butir-butir kejadian

Yang ditembak mati polis ialah:
  • Gobinath Jayasooryam, 31
  • Ramesh Raganathan, 27   
  • Suresh Murugasen, 25
  • Vinut Anbalagan, 23
  • Gobinath Myavanam, 21

Mati katak

Kemusykilan:  Polis mendakwa bahawa belia-belia itu adalah “gengster” merbahaya. Sekiranya polis yakin dan sudah mengenalpasti identiti mereka semua, kenapa pula boleh salah seorang daripada mereka itu di’salah’ tembak?

Rupa-rupanya kad pengenalan Vinut Anbalagan dipegang oleh seorang lelaki India berumur 25 tahun bernama Rakan Nagaiah.

Jadi adakah polis telah tersilap sasaran? Bermakna yang hendak ditembak polis itu Vinut dan bukannya Rakan. Ataupun ia Rakan dan bukannya Vinut? Apakah jenayah yang dilakukan oleh kedua-dua Vinut dan Rakan adalah jenayah yang sama?

Ataupun hanya salah seorang daripada mereka (sama ada Vinut atau Rakan) yang terlibat dalam jenayah?

Sekiranya betul polis telah lama menjejaki suspek, kenapa pula boleh polis salah mendedahkan nama si mangsa kepada pemberita? Hanya apabila saudara-mara menuntut jenazah di hospital barulah mix-up dari segi identiti Vinut dan Rakan diketahui.

Adakah seorang lelaki muda telah mati katak kerana polis sendiri bertindak melulu tanpa memastikan keadaan?


Shoot to kill

Pangsapuri yang diserbu itu terletak di tingkat 11.
Skuad-skuad polis boleh mengawal ketat pintu, lif dan tangga. Suspek tidak akan mampu melarikan diri kerana unit pangsapuri adalah tinggi dan tersekat. Lagipun serbuan dilakukan pada kira-kira 4.30 pagi tatkala semua orang sedang lena tidur.

Persoalan: Kenapa kelima-lima suspek SEMUA ditembak mati? Tidakkah pelaksanaan undang-undang di negara kita mengkehendaki bahawa seseorang tertuduh diberikan peluang untuk membela diri di mahkamah?

Sekiranya dianggap bersalah pun, ada perlu ‘due process’ terdahulu, yakni dengan pengadilan didengar oleh hakim serta pihak pendakwa raya diwajibkan mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi, bukan?

Tetapi kenapa pula polis dikhabarkan telah tutup kamera litar tertutup (CCTV) sebelum memulakan Operasi Cantas di pangsapuri itu?


Shot at point blank range

N. Surendran, naib presiden PKR berkata beliau ditunjukkan gambar-gambar lelaki yang maut itu dan beliau nampak bahawa ada di antara mereka yang ditembak dua kali di kepala sementara yang lain mempunyai lebih daripada enam kesan-kesan tembakan (ekoran polis melepaskan das tembakan bertubi-tubi).

Adun DAP Sri Delima iaitu RSN Rayer juga mengesahkan bahawa si mati telah ditembak di kepala, muka, leher/tengkuk (“neck”) dan bahagian dada.

Adakah telah berlaku ‘shootout’ (berbalas-balas tembakan) sepertimana yang didakwa polis?

Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy berkata dalam kenyataannya:
Looking at the photos I do not think anyone with the right frame of mind would believe that there was actually a shoot-out between the Police team and the suspects.

“According to the statement by the Police, their members acted in self-defence. Looking at the photos and the injuries, it appears the suspects were shot at close range.

“The public has been observing the statements of police closely over the years
“Each time the police appear to be giving a standard answer- that they were shot at and they acted in self-defence. But the injuries do not describe a situation of shoot-out. The photos show they were shot at point blank.
“The IGP’s statement that they have conducted ballistic tests which linked the weapons to 10 other murder cases is shocking. One wonders how such tests could have been carried out at super speed and even if that was possible how it could be linked to 10 previous murders so hastily.
“The people no longer believe the standard answers of self defence story by the police.”

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.