Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, August 27, 2013

Pakatan pegang semua ibu negeri kecuali Johor Bahru dan Kangar

Kesan daripada ‘urban tsunami’ yang melanda PRU13, Umno ketinggalan sebagai sebuah jaringan kuasa politik ala kekampungan sahaja yang sekarang ini terpaksa bergantung kepada undi Orang Asli untuk dapat menang kerusi (bagi calon-calon parti komponen BN bukan-Melayu).

Jadual di bawah menyenaraikan kawasan Parlimen di ibu negeri-ibu negeri.

Kerusi yang dipegang Ahli-ahli Parlimen BN ditandakan biru dan yang dipegang Ahli-ahli 
Parlimen pembangkang ditandakan merah.
PRU13ibunegeri

Gejala urbanisasi bermakna bahawa menjelang tahun 2020, tiga-perempat penduduk negara akan menghuni di bandar (lihat carta palang bawah).

Di mana letaknya ‘moral legitimacy’ BN sebagai parti pemerintah kelak sekiranya gabungan yang diterajui Umno itu hanya mampu bertapak di kawasan-kawasan pedalaman dan terpencil?

Itupun di samping kalah undi popular.


PendudukBandar2020


Teknik ‘slash and burn’

Sifat Umno kian diperlihatkan sebagai semakin ultra, pelampau agama serta suka membuli kaum-kaum minoriti.

Pendekatan Umno ‘Baru’ (kelompok yang sedang mengamok dengan Najib) nampaknya ikut kaedah Tebang dan Bakar …

Ugut dan Gertak

Robohkan dan Ranapkan


Hannah Yeoh mendekati budak UiTM
Hannah Yeoh mendekati budak-budak UiTM

Sebaliknya puak evangelis pula rajin menanam tebu di tepi bibir, mengenakan tudung, songkok dan kain sampin serta tidak lekang dengan ucapan “Insya’Allah, kita semua bersaudara”.

Pendekatan Umno slash and burn, pendekatan DAP pula song and dance.

Agaknya golongan muda yang bakal layak menjadi pengundi baru buat pertama kali dalam PRU14 – yang bilangan mereka berjuta-juta orang – akan lebih teruja dengan pendekatan Pakatan (misalnya Nurul Izzah yang muda dan berwajah cun) ataupun akan lebih meminati keterampilan Umno yang bertulang belakangkan makcik-makcik Kak Ijat? 

Cuba tengok pada maskot ‘Ubah’ … so cute and friendly.

DAP begitu mahir dalam bidang pemasaran dan berkali-kali lebih cekap mempropaganda.

Imej Pakatan yang setiakawan dan sanggup berkongsi


UbahMascot


Tengok pula pada imej Umno ultra …

My way or the highway

cantas cantas cantas


Zahid Hamidi

politik kolot

marah marah marah bakar bakar bakar



Ibrahim Ali



Sila baca juga:


Apa sebenarnya yang Umno mahu?


Baca seterusnya :  Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.