"Cuba
kau fikirkan, apa yang rakyat Mesir akan lakukan sekiranya mendapat
tongkat Nabi Musa?"
Soalan
berkenaan terpancul dari mulut seorang rakan penulis yang menghubungi
penulis baru-baru ini.
Penulis
terfikir sejenak...
Melihat
dengan situasi di Mesir pada saat ini, penulis yakin, semestinya
rakyat Mesir akan mengunakan tongkat berkenaan untuk membunuh Jeneral
Al-Asisi. Satu jalan mudah untuk 'mengubah' pemerintah dan
mendapatkan kekuasaan.
Namun
adakah pernah Musa menggunakan tongkatnya itu untuk mendapatkan
kekuasaan dari Fir'aun? Pernahkah Musa mengetuk kepala Fir'aun
sekaligus membunuhnya untuk mendapatkan 'keadilan' bagi rakyat YAHUDI
di Mesir?
Jawapannya
TIDAK ADA.
Apa
yang berlaku pula adalah sebaliknya. Musa diarahkan oleh ALLAH untuk
membawa keluar kaum Yahudi dari Mesir ke sebuah tempat yang
ditentukan ALLAH. Malah ALLAH mengarahkan Musa memukul tongkatnya di
Laut Merah agar Laut Merah Terbelah (dengan izin Allah) sekaligus
memudahkan kaum Yahudi menyeberangi laut berkenaan.
Bagi
umat Islam yang berfikir, tentu sekali mereka dapat melihat hikmah
ALLAH tidak mengarahkan Musa memukul kepala Fir'aun dengan
tongkatnya. Ini hendak mengajar manusia bahawasanya kuasa menukar
pemerintah tidak terletak di tangan manusia sebaliknya atas kehendak
ALLAH S.W.T
Malah
di dalam Al-Quran sendiri ALLAH memerintahkan Musa dan Harun berlaku
adil kepada Fir'aun dengan bertutur kata menggunakan bahasa yang
penuh kelembutan terhadap Fir'aun yang sudah melampaui
batas.
"Pergilah
kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas
dalam kekufurannya"
"Kemudian
hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang LEMAH LEMBUT,
semoga ia beringat atau takut."
TAHA
: 34-44
Dan
disebabkan itulah 'Tongkat Musa' tidak diwariskan kepada rakyat
Mesir. Kerana yang pasti tidak ada sesiapapun di Mesir yang mampu
menandingi kesabaran Musa dan Harun dalam menghadapi pemerintah.
Baca seterusnya :di sini
No comments :
Post a Comment