Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 6, 2013

Akhbar arus perdana The Malay Mail adalah versi cetak kembar Malaysiakini

The Malay Mail hari ini memuatkan rencana-rencana berikut yang dipetiknya dari Malaysiakini:
  • Raising police standards’ (mukasurat 4)
  • MACC probes another NFC-style case’ (m.4)
  • Umno Youth finds movie irksome’ (m.8) – — [tentang filem 'The New Village']
  • PAS: We have no links to Shiite teachings’ (m.8)
  • Protesters seek help to raise bail’ (m.11) — [tentang pendemo Perhimpunan Black 505]
  • Anwar angry at election petition dismissals’ (m.12)
  • Stop ranting about shower canteen’ (m.15) — [tentang sudut pandangan masyarakat India terhadap SK Seri Pristana]
  • Don’t deprive the best of their dreams’ (m.17) — [tentang penuntut tidak ditawarkan kursus yang dipilih di IPTA]
  • Weighing bone of contention’ (m.17) — [tentang kes Alvivi]
Senarai liputan berita The Malay Mail di atas jelas berkiblatkan pihak pembangkang.

Nota: Kandungan berita tempatan The Malay Mail hari ini juga dicedok daripada Bernama, The Malaysian Reserve dan FMT.

The Chinese Christian Female newspaper

Mengikut Audit Bureau of Circulations (ABC), edaran suratkhabar-suratkhabar bahasa Inggeris adalah seperti berikut (tempoh Julai-Disember 2012):
  • The Sun — 302,477 naskah sehari (percuma)
  • The Star288,916 naskah sehari
  • The New Straits Times93,321 naskah sehari
ABC tidak mencatatkan jumlah edaran The Malay Mail.
The Malay Mail telah diambil alih pengurusannya pada tahun 2012 oleh Kumpulan Redberry yang memacu suatu halatuju baru. Namun ianya ketara bahawa suratkhabar tersebut bukan lagi diterajui lelaki “Melayu”.

Sebaliknya ramai di kalangan wartawan kanan The Malay Mail – yang dikepalai Frankie D’Cruz – adalah beragama Kristian. Begitu juga geng bekas The Malaysia Insider yang baru diserap masuk ke dalam Malay Mail Online kebanyakannya pun pemberita wanita Kristian.

Taburan penduduk negara

Menjelang tahun 2020, tiga-perempat daripada penduduk Semenanjung akan menghuni di bandar. Umno dianggap sekadar sebuah parti orang kampung dan peneroka Felda.

PendudukBandar2020

Kekuatan Pakatan mengatasi kekuatan BN di Lembah Klang yang merupakan kawasan bandar.

Salah satu sebab mengapa suara Pakatan boleh berjaya disebar luas ialah hasil cengkaman propaganda pembangkang ke atas penduduk bandar menerusi pelbagai saluran multimedia yang dikuasai mereka.

Jadual bawah: Orang bandar membaca The Star manakala orang kampung membaca Utusan.

 http://helenang.files.wordpress.com/2013/05/edaransuratkhabar.jpg

Kawasan paling padat penduduk ialah Selangor (lihat peta di bawah).

Ia adalah negara pengibar panji-panji (flagship) Pakatan di mana pengaruh BN kian hari kian luntur.

SelangorPopulation 


BN ditenggalami arus media Inggeris

Pakatan mampu menang perang persepsi kerana hampir semua media cetak (kecuali NST) beserta media dalam talian, yakni portal berbahasa Inggeris, rata-rata dikuasai mereka.

Agensi berita asing tidak pula menjadikan akhbar Melayu seperti Utusan, Harian Metro, Kosmo! atau Sinar Harian mahupun Berita Harian sebagai bahan dan sumber rujukan.

Penceritaan (naratif) kebangsaan dicorak mengikut rentak Pakatan kerana media pro-pembangkang memang gila politik 24/7.

RMK10_Eds.pdf 2013-07-29 14-18-44

Media MCA sedia berkhidmat 

Pusat-pusat bandar (lihat peta ‘conurbation’ atas) merupakan enjin penjana ekonomi. Kawasan-kawasan tersebut yang sedang berkembang maju juga memperlihatkan pertambahan pesat penduduk. Kawasan-kawasan ini adalah milik Pakatan.

The J-Star yang bertapak di bandar, contohnya, banyak membawa dakyah DAP.

Idea pemikiran orang bandar yang mahukan “perubahan” pasti akan menular ke kawasan-kawasan luar bandar kelak.

The J-Star adalah pilihan popular penduduk bandar.

MCA harus dianggap tergamak mengkhianati BN kerana terus membela The J-Star si gunting dalam lipatan itu. 

Baca seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.