Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 6, 2013

Penyatuan Melayu, Islam

 ismail_embong_11
 
Datuk maharajalela sanggup mati demi mempertahankan maruah Islam dan bangsa melayu dari di injak-injak oleh penjajah jww birch. Apa lagi penghinaan yang tidak dihadapkan kepada Melayu dan Islam?
Bermula dari status Melayu yang dikatakan, bukanlah satu bangsa, sebaliknya hanya bermaksud ‘Pelarian’ yang entah asal istilah bahasa apa, sehinggalah Islam dihina dengan pelbagai cara, termasuklah tempat ibadat Islam disekutukan dengan agama lain.

Sehingga sekarang, belum ada seorang pun Melayu yang mengangkat senjata, memburu pengkhianat yang tidak tahu diuntung atau berarak beramai-ramai, melakukan hartal atau mogok di seluruh negara kerana penghinaan yang dibuat oleh bukan Melayu dan bukan Islam. Orang Melayu dan umat Islam di negara ini masih lagi bersabar dan kesabaran mereka sangat hebat.

Kalau dibandingkan dengan Cina, kesabaran Melayu dan umat Islam bagaikan membandingkan warna putih dengan warna hitam. Kalau dibandingkan antara kesabaran orang India dengan kesabaran Melayu seperti membandingkan Rama dengan Hanuman.

Barangkali semenjak pendudukan Portugis di Melaka pada tahun 1511, Melayu sudah lama lali dengan pelbagai penghinaan yang dilemparkan kepada mereka. Bahkan semenjak British secara rasmi menjajah negara ini bermula dari tahun 1874, Melayu sudah menganggap penghinaan adalah sebahagian daripada rukun menjadi Melayu di negara ini.

Bermula dari tahun 1950-an, Melayu dihina lagi. Desakan untuk mendapatkan kemerdekaan, akhirnya membuatkan Melayu terpaksa akur. Cina dan India yang sebelum itu merupakan pendatang yang dibawa masuk oleh British untuk bekerja di lombong dan ladang, perlu diterima sebagai sebahagian daripada warga negara ini kalau hendak merdeka. Mereka perlu diterima dan diberikan hak yang sama dengan Melayu dan Bumiputera lainnya.

Kini sejarah berulang semula tanpa disedari oleh anak-anak muda Melayu-Bumiputera. Mereka terus dihina dan diperlakukan seperti anjing. Dengan beralasankan keterbukaan dan liberalisme, anak-anak muda Melayu yang tergoda dengan pelbagai isme yang dihias dengan pelbagai kecantikan, guna untuk menjahanamkan Melayu. Sumber artikel: klik sini

Ya, inilah masanya. 'Ini kalilah', meminjam dari slogan pelat Cina yang sampai sekarang pun belum fasih berbahasa kebangsaan, Bahasa Melayu dengan betul. Apa dah jadi dengan Perkara 152, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, apabila masih semua Sekolah Jenis Kebangsaan (CINA) masih wujud di atas tanah MALAYsia ini? 

Kerajaan Persekutuan wajib menghentikan pembaziran melampau duit hasil cukai negara setelah 56 tahun menyara perut sekolah-sekolah jenis kebangsaan terutamanya SJK (CINA) akibat terlalu menjaga hati persatuan-persatuan pelampau Cina seperti Dong Zhong, melalui boneka-boneka mereka yakni antaranya DAP? 

Apa guna menyusukan kera dan siamang di hutan sedangkan anak sendiri mati kelaparan?! Bahasa pengantar rasmi di sekolah adalah bahasa Melayu jika menurut Perlembagaan Persekutuan dan kes-kes mahkamah yang sudah diputuskan. Kata-kata anti rasis dan mahukan perpaduan hanyalah kenyataan hipokrit saja kerana merekalah yang menolak idea sekolah wawasan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Hapuskan sekolah-sekolah vernakular.

Perlantikan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri KDN juga adalah satu langkah yang layak dipuji memandangkan sifat ketegasan dan ketokohan beliau amat diperlukan ketika ini di mana negara menghadapi cabaran getir untuk dihadapi. Adalah diyakini berdasarkan sejarah 13 Mei 1969, kaum Cina ialah satu bangsa yang apabila merasakan diri telah mempunyai sedikit kekuatan di dalam wilayah yang diduduki, maka mereka akan mula menunjukkan belang mereka. 

Ini telah terbukti dengan berbagai-bagai provokasi, posting-posting memfitnah, mencela, mengkeji dan memburukkan para pemimpin Melayu dan asas-asas negara ini semakin menjadi-jadi. Maka wajiblah kita mempunyai seorang panglima yang mampu memberi penumbuk sulung terhadap mana-mana pihak terutamanya dari pihak yang tak habis-habis mahu membuat rusuhan, tunjuk perasaan, kekacauan serta pelanggaran undang-undang yang berterusan.

Majoriti pemimpin pelampau Cina yang maha kiasu lagi racist yang membenci nilai-nilai keMelayuan juga telah berjaya merosakkan JATI DIRI sebahagian besar orang Melayu melalui Si Kitol-Si Kitol Melayu moden yang sering bertopengkan kopiah, serban dan juga topeng-topeng rusuhan, tunjuk rasa, LGBT, pluralisme dan penghapusan ketuanan Melayu.

Janganlah kita Melayu yang semakin menjadi seperti buih-buih di lautan ini terus bergaduh lagi. Janganlah ada antara kita yang sanggup meludah wajah saudara-saudara kita yang mengajak kepada perpaduan. Ingatlah saudara sekalian, Allah memerintahkan agar kita 'wala tafarraqu'. Jangan berpecah belah! Tapi bagaimana kalian orang Melayu yang satu Tuhan satu aqidah hanya berdiam diri apabila muncul manusia yang begitu lantang mahu MELUDAH wajah-wajah yang mahu menyatu-padukan orang-orang Melayu di Malaysia ini?

Ramai yang telah diracun minda mereka apabila melupakan perkara-perkara yang telah diperjuangkan oleh orang-orang tua kita yang terdahulu. Sila beli satu naskah untuk membaca sendiri apakah kandungan Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia ini. 

Perkara 3 menyatakan Islam ialah agama Persekutuan. Ingat tuan-tuan, Islam ialah agama Persekutuan yang bukanlah 'agama rasmi' sahaja seperti yang digembar-gemburkan oleh puak-puak Melayu tamak berbalut kain atas kepala! Belum lagi dihurai peranan raja-raja Melayu. Seterusnya Perkara 11 menetapkan agama lain tidak boleh disebar dan 'didakwah' kan kepada orang Islam. 

Bukankah itu satu asas yang bersambung dari pada Perkara 3 tadi? Seterusnya, sila selak ke Perkara 160 yang menegaskan lagi bahawa setiap MELAYU dalam Malaysia ini telah automatik diIslamkan! Jadi tiada alasan lagi untuk Melayu yang sok bagus dalam agama ini menidakkan perpaduan Melayu yang jauh lebih penting dari sikap tamak haloba, dendam kesumat dan permusuhan silam mereka. Insaflah segera.

Harapan peribadi saya selaku seorang rakyat kerdil, rakyat marhaen di Malaysia ini adalah untuk melihat bangsa saya yang saya sayangi ini bersatu padu dalam mempertahankan kuasa yang saat ini masih dipegang oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Sudahlah ekonomi entah kemana, perjuangan pendidikan pun hanya umpama ayam berkokok pagi. 

Janganlah kita lengah-lengahkan lagi usaha perpaduan. Bersatulah kita wahai orang-orang Melayu. Survival politik Melayu adalah survival perjuangan agama, bangsa, dan tanah air serta warisan ribuan tahun raja-raja Melayu.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.