Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 9, 2013

Tuduhan Kongsi Gelap : Jazlan Cadang Ambil Tindakan Undang-undang

alt

KENYATAAN RASMI DATUK NUR JAZLAN MOHAMED BERHUBUNG DAKWAAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER MENGAITKANNYA DENGAN KONGSI GELAP.

KUALA LUMPUR 9 Okt - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis artikel dalam portal berita, The Malaysian Insider yang mengaitkan dirinya dengan kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.

Nur Jazlan berkata, beliau sudah membaca artikel bertajuk "Will PM Najib exert leadership over errant minister Zahid?" yang ditulis Kim Quek dan disiarkan portal berita berkenaan, semalam, dan mendapati ada unsur fitnah dalam rencana itu.

"Dia (penulis rencana) tidak berada pada majlis itu, dan menulis artikel berkenaan semata berdasarkan video yang dimuat naik dalam portal berita Malaysiakini dengan terus mengaitkan saya terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.

"Saya berada di situ, atas jemputan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan keseluruhan ucapan beliau tidak seperti yang ditulis dalam artikel berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Selain Nur Jazlan, penulis artikel itu turut mengaitkan nama Me Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim dan Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap, Tiga Line.

Nur Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kir yang diadakan Ahmad Zahid itu adalah untuk pemimpin akar umbi di Melaka dan ia perlu bagi memberikan maklumat terus kepada golongan berkenaan mengenai usaha yang diambil kerajaan dalam memerangi jenayah. 

Katanya, taklimat keselamatan berkenaan adalah usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri melalui Ahmad Zahid dalam memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat akar umbi mengenai tahap keselamatan terkini di negara ini.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahm keluarganya, apabila terang-terangan berdepan dengan kumpulan kongsi gelap di negara ini, dalam usaha memastikan ketenteraman awam dipelihara.

"Namun, ada pihak yang cuba menangguk di air keruh, dengan dalam ucapan berkenaan dan mendakwa saya serta tiga rakan lain bersama Datuk Zahid terbabit dalam kumpulan kongsi gelap," katanya.

Beliau berkata, adalah sesuatu yang menyedih dan memelikkan apabila ada pihak yang cuba bermain sentimen dengan isu keselamatan sedangkan kerajaan berusaha keras dalam memerangi
jenayah.


Katanya, beliau sudah berbincang dengan peguamnya dan akan mendapatkan nasihat terperinci sebelum tindakan undang-undang dimulakan terhadap penulis artikel berkenaan.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.