Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 9, 2013

Kes Tuntutan Guna Kalimah Allah Akan Diputuskan Pada 14 Oktober - Hadi Awang Bakal Tidak Tenteram Sembelih Lembu Korban, Jika Mahkamah Memihak Kepada Penganut Kristian


Bila Lim Guan Eng menuntut penggunaan 'kalimah Allah' oleh penganut Kristian, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media  Majlis Pimpinanan Pakatan Rakyat yang menzahirkan persetujuan bersama membolehkan penggunaan tersebut oleh penganut Kristian. [Baca SINI].

Menurut laporan Bernama hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah' ditetapkan pada 14 Oktober, iaitu sehari menjelang sambutan Aidil Adha.

Bagaimana agaknya perasaan Hadi Awang dalam menyambut Aidil Adha jika keputusan mahkamah memihak kepada The Herald?



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.