Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 9, 2013

UMAT ISLAM PULAU PINANG TELAH DIKHIANATI MAJLIS AGAMA ISLAM MENERUSI PENYELEWENGAN DAN PENYONGLAPAN DUIT ZAKAT!!!

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 bagi Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendedahkan sesuatu yang AMAT MENGEJUTKAN dan merupakan pengkhianatan terang-terangan selain penyelewengan hukum syara' yang digunakan oleh pihak-pihak agama untuk membuat untung beratus-ratus juta ringgit dalam tempoh setahun!

Kes yang dimaksudkan adalah membabitkan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) dan anak syarikat milik penuh MAINPP, Syarikat AS-SAHABAT URUS ZAKAT SDN. BHD.

Atas hukum apakah wang zakat diperniagakan, dilaburkan dan dijadikan pendapatan sebuah syarikat? Dalil dan nas manakah yang telah digunakan oleh BIJAK PANDAI AGAMA DALAM MAINPP untuk mewajarkan penubuhan As-Sahabat Urus Zakat Sdn. Bhd. pada tahun 19949? Dari 'ALLAH' mana, duit zakat dibenarkan untuk diKORPORATkan pada tahun 1999, dan diberikan hak untuk mengagih duit zakat.


BETUL-BETUL MACAM BABI SODOK UBI!!!

Terang-terang di dalam laporan berkenaan, PENDAPATAN UTAMA SYARIKAT berkenaan datangnya daripada KUTIPAN WANG ZAKAT. Secara tidak langsung, pendapatan tersebut bukannya bersabit hak ASNAF AMIL sebaliknya keseluruhan pendapatan dikira daripada KUTIPAN ZAKAT yang seharusnya diberikan kepada kelapan-lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh ALLAH TAALA sendiri!

Bukan main lagi... antara objektif dan fungsi penubuhan syarikat tersebut adalah untuk meningkatkan kadar kutipan zakat setiap tahun, memudahkan urusan pembayaran zakat menerusi kaedah lebih sistematik dan efisien, mendidik dan menyedarkan umat Islam tentang kepentingan membayar zakat dan menjadikan syarikat berkenaan sebagai tempat utama pembayaran zakat dan sentiasa berusaha memuashkan hati para pembayar zakat dengan perkhidmatan yang diberikan.

Agama Islam pasti akan runtuh di tangan kelompok-kelompok PENGKHIANAT yang telah memperniagakan wang zakat seperti puak-puak yang berkuasa dalam MAINPP dan As-Sahabat Urus Zakat Sdn. Bhd.

Asnaf nak dapatkan duit zakat, bukan main susah. Penuh dengan protokol dan prosedur tapi rupa-rupanya itu semua hanyalah topengan memandangkan kutipan wang zakat dan pengagihannya telah DIKORPORATKAN oleh GOLONGAN KEPARAT yang berselindung di sebalik agama.

Pastinya DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak mengetahui langsung tidak hal ini. Bahkan pastinya baginda juga telah dikelentong oleh pegawai-pegawai dari MAINPP yang cukup pandai berputar belit dengan dalih dan dalil selain nas dan hadis untuk menutup penyelewengan mereka.

Itu baru satu Majlis Agama Islam... masih ada dua belas Majlis Agama Islam lain yang perlu diselidiki, dipertikaikan tentang pembahagian dan pengagihan wang zakat selain dipecahkan tembelang mereka memperniagakan wang zakat sepertimana yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang!!!

Dan kesemua Majlis Agama Islam tersebut perlu menjawab dan memberikan penjelasan kepada UMAT ISLAM DI SELURUH MALAYSIA, mengapa masih ada lagi umat Islam di negara ini yang hidup susah, faqir, papa, hutang tak berbayar, dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, wang zakat yang merupakan hak mereka TELAH DILACURKAN OLEH PARA PENGKHIANAT AGAMA YANG BERKEPIAH DAN BERJANGGUT DENGAN CAKAP MELAYU ALA-ALA ARAB demi keuntungan besar!!!!

Baca seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.