Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 9, 2013

Terbongkar..!! Singapura Curi RM62 Juta Subsidi Malaysia..!!!


Disclaimer: Tulisan ringkas ini tidak mewakili harga minyak sebenar terkini. Idea asal tulisan ini adalah untuk mencetuskan keraguan mengenai subsidi minyak yang dikurangkan, adakah pendekatan pemberian subsidi sesuai dilaksanakan di Malaysia atau adakah subsidi lebih patut dihapuskan dan diganti dengan kaedah lain yang lebih berkesan. Setiap yang dinyatakan memerlukan pengkajian yang lebih teliti. Sila rujuk pakar ekonomi selain Rafizi Ramli kerana pengetahuan ekonomi beliau sangat lemah dan diragui.

Puluhan Juta Subsidi Telah Disalurkan Ke Singapura Tanpa Kita Sedari

Harga minyak Ron 95 pada tahun 2012 = RM 1.90.
Subsidi = RM 0.53.

Jumlah kemasukan penduduk Singapura ke Malaysia pada tahun 2012 = 13 014 268 juta orang.

1. Saya mengandaikan penduduk Singapura memasuki Malaysia melalui tiga cara iaitu air, udara dan darat.
2. Saya juga mengandaikan mereka yang memasuki Malaysia melalui jalan darat menggunakan Petrol 97, Petrol 95 dan Diesel.
3. Saya juga mengandaikan mereka yang memasuki Malaysia melalui jalan darat menggunakan kenderaan sendiri dan juga menaiki pengangkutan awam di Malaysia.
4. Saya juga mengandaikan mereka yang memasuki Malaysia melalui jalan darat menggunakan kenderaan sendiri seramai 1 hingga ke 4 orang dalam sebuah kereta.
5. Saya mengandaikan isi penuh penuh minyak sebuah kereta adalah 45 liter.

Jadi, dengan mengambil kira beberapa faktor di atas tidak keterlaluan jika saya mengandaikan 60% daripada mereka yang menggunakan kenderaan sendiri akan membeli minyak Petrol Ron 95 di Malaysia.

60% daripada 13 014 268 juta orang = 7 808 560 juta orang.

7 808 560 juta orang / 3 orang dalam sebuah kereta = 2 602 853 juta kereta.

2 602 853 juta kereta x 45 liter minyak = 117 128 385 juta liter minyak.

117 128 385 juta liter minyak x RM 0.53 subsidi = RM 62 078 044 juta subsidi.

Jadi, jumlah subsidi yang telah disalurkan kepada penduduk Singapura yang mengisi minyak sekurang-kurangnya sebanyak = RM 62 juta pada tahun 2012.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.