Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 9, 2013

DAVID DASS: DAP PARTI SAMSENG

alt

LABU 9 Okt - DAP disifatkan sebagai parti samseng ekoran serangan dan halangan yang dikenakan petugas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP terhadap Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi David Dass Aseerpatham.

Menurut David, sekumpulan petugas CEC yang memakai baju berwarna merah telah menyerang dan menghalang beliau yang sedang ditemubual pihak media di Kongres Khas DAP akhir bulan lepas.

"Saya telah diserang dari belakang dan telah ditumbuk supaya tidak memberi komen kepada pihak media.

"Salah seorang petugas (CEC) bertutur dalam bahasa Cina mengarahkan (sekumpulan petugas) untuk menyerang saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

alt

Jelas David, beliau yang diterangkan oleh salah seorang rakan yang fasih berbahasa Cina menjelaskan petugas CEC tersebut mengarahkan pengikutnya untuk tidak menyerang David dihadapan media tetapi di perkarangan hotel.

Tambahnya, DAP kini dipenuhi oleh samseng dari kalangan penyokong berbangsa Cina.

Ujarnya, kejadian yang berlaku di One World Hotel pada 29 September lalu telahpun dimaklumkan kepada pihak polis.

"Kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga saya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. ujarnya.

Beliau kemudiannya mempertikaikan keputusan CEC DAP ekoran terdapat pelbagai unsur meragukan dalam usaha mengekalkan pemerintah tertinggi parti


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.