Kes
penipuan DAP dalam pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada
dasarnya adalah kes yang amat mudah.
Ia
bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012
yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai
kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di
antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP. Berikutan
itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.
Bagi
menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan
mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.
Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap
salin. Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.
Dalam
pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah
berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah
mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal,
tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803
undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823.
Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan
tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula
mengeluh.
Malah,
jumlah undi itu sendiri menjadi tandatanya kerana jumlah yang
sepatutnya ialah 2,567 orang. Ke mana perginya
undi-undi lain?
Permainan
kotor DAP semakin jelas apabila sejurus selepas kiraan semula itu,
mereka mula menonjolkan Zairil secara berlebih-lebihan dengan merujuk
kepadanya sebagai ëMelayuí. Zairil diberi jawatan
tinggi di dalam parti dan juga di dalam anak syarikat kerajaan
negeri.
Namun,
rakyat dan orang Melayu tidaklah sebodoh DAP.
Orang
Melayu lebih gemar membaca sejarah politik dan cukup maklum siapa
Zairil sebenarnya. Zairil adalah anak kepada pasangan Cina yang
bercerai di mana ibunya kemudiannya mengahwini Tan Sri Khir Johari.
Ini
menjadikan Zairil 100% Cina dan tidak ada sebab DAP harus merujuk
kepadanya sebagai Melayu. Kita juga tidak lupa bagaimana
ibu Zairil pernah mengejutkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan
menuntut harta pusaka arwah bekas isteri Tan Sri Khir.
Dengan
sikap ibunya yang sedemikian, tidak hairanlah Zairil menggunakan nama
bapa tirinya bagi mendapat keistimewaan sebagai anak pejuang UMNO.
Dan kini, atas nama bapa tirinya juga Zairil menyertai DAP yang
memusuhi UMNO.
Percubaan
DAP untuk memperlihatkan parti itu sebagai tidak rasis, nampaknya
memakan diri. Sebaliknya, terbukti sudah bahawa DAP adalah
rasis kronik sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu untuk mewakili
Melayu, tetapi meletakkan seorang Cina bagi mewakili Melayu!
DAP
juga terbukti sebagai tidak telus, kalaupun tidak bodoh kerana tidak
mampu mengira undi yang tidak sampai pun 2,000.
Berikutan
itu, beberapa aduan telah dibuat kepada ROS oleh ahli-ahli DAP
sendiri. Dari situ juga, seramai 753 ahli yang layak memilih
turut tampil mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima notis untuk
pemilihan.
Berdasarkan
fakta ini, kita tidak faham kenapa ROS mengambil masa begitu lama
untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Ini bukan kes yang
melibatkan bukti forensik tetapi semuanya berkisar mengenai angka dan
angka tidak akan menipu.
Justeru,
adalah tidak wajar bagi ROS untuk mengambil masa begitu lama untuk
menyelesaikannya.
Rakyat
sudah bosan dengan segala aduan dan siasatan tanpa apa-apa tindakan
oleh pihak berkuasa. Takkanlah ROS juga sama saja?
No comments :
Post a Comment