Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 3, 2013

Zulkifli Mohd Noor : Keputusan CEC DAP# Tokong Guna Taktik Kotor

alt

GEORGETOWN 3 Okt. - Pemilihan semula DAP Ahad lalu didakwa menggunakan taktik politik kotor yang bercanggah dengan prinsip demokrasi di Negara ini
                                                     
Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor berkata, ianya telah dirancang lebih awal dari pasukan yang  dipimpin Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

"Surat Lim Guan Eng yang dihantar kepada perwakilan beberapa hari sebelum  pemilihan adalah satu tipu muslihat kempen beliau untuk memastikan “status quo” dikekalkan.

"Terdapat satu senarai calon pilihan yang diedarkan oleh Guan Eng kepada perwakilan ketika proses pengundian berlangsung.

“Saya menyedari akan kalah kerana nama saya dan calon-calon Melayu tiada dalam menu calon pilihan Lim Guan Eng,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Zulkifli tewas dalam pemilihan semula itu pada 29 September lalu.

Ketua Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru DAP itu mengumumkan hasrat untuk menjadi Pengerusi DAP sekiranya penyandang jawatan itu, Karpal Singh ingin memberi laluan kepadanya.

Ianya diumumkan beliau beberapa hari sebelum Kongres Khas DAP berlangsung.

alt

Sementara itu, Zulkifli mempersoalkan senarai perwakilan yang tak lengkap dengan alamat atau nombor telefon perwakilan pada dua hari sebelum pemilihan semula diadakan.

Beliau juga mempertikaikan penggunaan dakwat kekal ketika pemilihan yang dikatakan boleh bertahan selama tiga atau empat jam, tetapi boleh dipadamkan serta-merta dengan kertas tisu dalam masa tiga atau empat minit sahaja.

"Penggunaan dakwat kekal tidak termaktub dalam perlembagaan DAP dan tiada arahan dikeluarkan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak wujud ketika itu.

“Malah mereka ini mengunjungi ketika Kongres Khas. Kehadiran mereka menimbulkan keraguan munasabah yang perlu diberi penjelasan sewajar oleh pucuk pimpinan parti,” ujar beliau.

Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass berkata, keputusan menarik diri secara mengejut calon-calon itu adalah dirancang bagi memudahkan perwakilan memilih barisan kepimpinan pilihan beberapa pemimpin atasan parti tersebut.

Seramai 17 daripada 68 calon mengumumkan menarik diri daripada bertanding walaupun nama calon tersebut  masih di dalam kertas undi masing-masing.

Selain daripada itu David turut mengedarkan memorandum kepada DAP yang mengandungi usul supaya mengadakan semula Kongres Khas DAP berdasarkan Perkara 8(6) Perlembagaan parti selain melantik bekas Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim sebagai Setiausaha Agung Penaja.RN


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.