Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 2, 2013

TERHANGAT : DONG ZONG SEMAKIN BENGANG DENGAN MUHYIDDIN???



Kerajaan akan tetap melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini walaupun mendapat tentangan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, tidak ada sebab badan itu harus menentang langkah kerajaan untuk transformasikan sistem pendidikan negara menerusi PPPM kerana ia langsung tidak menggugat kedudukan bahasa Cina dalam pendidikan negara.

"Dong Zong baru-baru ini buat konvensyen bantah pelaksanaan PPPM kerana katanya pelan ini hendak menghapuskan bahasa Cina. Saya cabar mereka untuk baca setiap inci ayat dalam PPPM, jika ada perkataan kita hendak hapuskan bahasa Cina, biar saya jawab, tidak ada.

"Tetapi entah macam mana agaknya ia menghantui mereka kononnya pelan ini suatu hari nanti akan menghapuskan bahasa Cina hanya kerana kerajaan mahu tingkat prestasi bahasa Melayu di sekolah kebangsaan.





"Kerajaan hendak tingkatkan mutu pelajaran di sekolah kebangsaan kerana memang sekolah kebangsaan bahasa pengantarnya Bahasa Melayu, jadi salah ke tindakan kerajaan itu," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan.

Muhyiddin berkata, pelan itu juga tidak mempunyai niat terselindung terhadap pengajaran bahasa lain dalam sistem pendidikan negara walaupun ada yang menganggapnya demikian.

Sehubungan itu, katanya sebagai kerajaan bertanggungjawab terhadap usaha membela perjuangan bahasa Melayu, pelan itu akan tetap dilaksanakan tanpa rasa terganggu, tergugat dan takut sedikit pun.

Katanya, kerajaan mahu semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak masuk ke sekolah kebangsaan demi perpaduan kaum selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama di negara ini.

Beliau berkata, jika Malaysia tidak memberikan tumpuan kepada bidang ilmu, negara akan terus mundur dan tidak mampu bersaing dengan negara maju yang lain di dunia.


Baca seterusnya : di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.