Agak
menarik juga untuk mengulas mengenai “surat misteri” yang
menggemparkan masyarakat Permatang Pauh baru-baru ini. Khabarnya
surat berkenaan telah diedar secara meluas di seluruh parlimen yang
diwakili Anwar Ibrahim itu.
Menurut
laporan media, surat berkenaan didakwa telah ditulis oleh seorang
“bekas kakitangan pejabat guaman Karpal Singh” dan mendedahkan
transaksi yang berjuta-juta ringgit jumlahnya. Khabarnya,
transaksi-transaksi itu direkod sejak tahun 2008 lagi.
Menariknya,
surat misteri itu mendakwa Anwar telah membayar jutaan ringgit kepada
Karpal sebagai “bayaran yuran guaman”. Bekas kakitangan Karpal
itu juga melampirkan beberapa nombor akaun yang dikatakan milik
Anwar.
Pertamanya,
saya tertanya-tanya, siapakah “bekas kakitangan Karpal” itu?
Apakah dia cuba menabur fitnah terhadap dua pemimpin tertinggi
Pakatan Haram tersebut? Anwar dan Karpal bukan sembarangan pemimpin,
mereka sangat berpengaruh!
Kita
tahu, Anwar dan Karpal memang suka saman orang. Mereka juga suka
membuat laporan polis. Sama ada mereka menang atau kalah saman,
mereka letak di belakang. Sama ada laporan polis yang mereka buat itu
benar atau palsu, itu pun mereka tak peduli.
Untuk
survival politik dan berpolitik dengan minda rakyat, mereka biasanya
sanggup lakukan apa saja, bukan?
Cuma
persoalannya, beranikah Karpal dan Anwar membuat laporan polis dan
menafikan dakwaan tersebut secara terbuka? Jika mereka nafikan, pasti
ada pula yang akan hadir ke balai polis untuk menggesa surat tersebut
disiasat kebenarannya. Kita bukan tak kenal rakyat Malaysia, kan?
Mungkin
diatas alasan “demi keselamatan” penulis surat tersebut, maka
surat itu dikatakan “tidak bernama” dan hanya bertajuk “Bankleaks
Anwar/Karpal”. Dan saya percaya, surat itu akan menimbulkan
pelbagai reaksi dan spekulasi terhadap dua pemimpin tersebut.
Selepas
menerima laporan, sudah tentu pihak berkuasa akan membuka kertas
siasatan. Disaat itu, kita hanya perlu menunggu sehingga siasatan
selesai. Mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun dan
mungkin 10 tahun?
Polis
akan mencari sumber surat tersebut. Berapa ramaikah bilangan “bekas”
kakitangan firma guaman milik Karpal? Takkanlah sampai sejuta orang,
bukan? Saya yakin, pihak berkuasa dengan mudah akan dapat mengesan
penulis surat itu.
Selepas
itu, pihak polis juga akan menyiasat tentang kesahihan dakwaan yang
terdapat di surat berkenaan. Sama ada tentang akaun Anwar, pembayaran
berjuta-juta ringgit dan sebagainya, pasti akan terjawab kelak. Fakta
tidak pernah menipu, bukan?
Seterusnya,
jika wujud kes sebagaimana yang didakwa penulis surat itu, pastinya
laporan siasatan mengenainya akan diserahkan kepada Peguam Negara
bagi tindakan susulan. Sama ada Anwar dan Karpal bakal didakwa atau
tidak, itu terserah pada AG.
Saya
tertanya-tanya, apakah AG akan berani dakwa Karpal dan Anwar
sekaligus di mahkamah? Atau beliau akan selamba mengatakan “kita
tidak ada bukti yang cukup untuk mendakwa mereka”? Selalunya kalau
kes berkaitan Anwar dan Karpal, itulah jawapan “standard”nya,
bukan?
Kadang-kadang,
terdetik juga dihati saya sama ada semua ini hanyalah sekadar “wayang
gambar”. Masalahnya, siapa “pengarah”nya? Siapa yang sediakan
“skrip wayang gambar” itu? Siapa pula “pelakon utama”nya?
Jika
benarlah isi kandungan surat itu, siapakah yang akan berjaya
mengheret Anwar dan Karpal ke muka pengadilan? AG? Anda masih harap
padanya? Kalau ke mahkamah sekalipun, apakah barisan pendakwaraya
boleh menang?
Kes
Anwar-Saiful yang “tertinggal air mani dalam saluran dubur” pun
boleh kalah, inikan pula kes mengenai sepucuk surat misteri, bukan?
Hakikatnya,
sebut dan karanglah berjuta pucuk surat atau bawalah seribu fakta
benar mengenai kejijikan Anwar dan Karpal, saya yakin para pengikut
mereka akan tetap menganggap mereka sebagai “dewa” yang sangat
“telus”, “berintegriti”, “SELCAT”, “CAT”, “DOG”,
“PIG” dan sebagainya…
Sampai
bila rakyat Malaysia ini harus hidup tertipu dengan para pemimpin
jijik Pakatan Haram? Biar terbukti benar mereka jelek sekalipun, biar
“kantoi” berbogel sekalipun, pemimpin Pakatan Haram tetap
“mewangi” disanubari.
Bak
kata seorang rakan saya yang dihormati, “hangpa takdak ‘laif’
kaaa???”
Baca seterusnya :di sini
No comments :
Post a Comment