Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, August 2, 2013

ARTIKEL TUN M " The Chinese Dilemma" YANG MENJADI KONTROVERSI....


Terjemahan artikel Tun Dr Mahathir ‘The Chinese Dilemma’ di NST (26th July 2013) kepada Bahasa Melayu.

Konsep ‘Kongsi’: Setiap pihak perlu berkorban sesuatu supaya pihak lain boleh mendapat sesuatu.

Tindak balas kepada kemunculan parti politik Melayu, “UMNO” dan kejayaan menolak ilham British “Malayan Union”, masyarakat Cina tahun 1940-an melihat keperluan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri untuk membawa pandangan mereka kepada kerajaan British.

Oleh itu MCA dilahirkan, dan diketuai oleh Sir Tan Cheng Lock. Walaupun ia bertujuan untuk melawan pengaruh UMNO dan melindungi kepentingan masyarakat Cina, namun ia adalah zaman untuk mengubah strategi dan peranan MCA serta masyarakat Cina.

Pada tahun 1952, pemimpin UMNO Kuala Lumpur dan pemimpin MCA Kuala Lumpur memutuskan bahawa pada Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur, mereka 'tidak perlu' bertanding menentang satu sama lain, sebaliknya harus menyokong calon masing-masing di kawasan masing-masing.

Keputusannya ialah mengejutkan kerana mereka mengalahkan hampir semua parti bebas kaum. Menyedari akan kelebihan politik bekerjasama dengan satu sama lain itu, Tunku (Abdul Rahman) dan Sir Tan Cheng Lock, serta pemimpin-pemimpin kanan MCA dan UMNO memutuskan untuk merasmikan kerjasama mereka dengan menubuhkan Parti Perikatan, gabungan MCA dan UMNO.

Asas pakatan ini adalah idea yang menyokong antara satu sama lain dan berkongsi kuasa. Didorong oleh kejayaan parti Perikatan dalam pilihan raya 1955, di mana MIC turut menyertainya, Tunku kelihatan lebih terbuka dengan cadangan Sir Tan Cheng Lock bahawa kewarganegaraan hendaklah berdasarkan jus soli (kewarganegaraan melalui yang dilahirkan di negara ini) dan tidak jus saguinis (kewarganegaraan berdasarkan kewarganegaraan bapa atau ibu, iaitu kewarganegaraan berdasarkan hubungan darah).

Sungguhpun Tunku tidak begitu bersetuju setuju namun beliau memutuskan untuk memberi satu juta kerakyatan kepada orang Cina dan India yang tidak berkelayakan.

Dengan itu konfrontasi antara Cina dan Melayu berubah menjadi kerjasama yang positif.

Ia merupakan satu kongsi klasik yang telah ditubuhkan. Intipati adalah suatu aku janji untuk berkongsi. Perkongsian melibatkan perjanjuan memberi dan mengambil, di mana setiap bahagian terpaksa berkorban sesuatu supaya yang lain boleh mendapat sesuatu.

Disebabkan orang Melayu membentuk majoriti rakyat secara semula jadi, maka Melayu menjadi pemimpin Parti Perikatan. Tetapi orang Cina dan India juga mendapat kuasa yang mencukupi. Di mana kuasa politik Melayu dikurangkan untuk mendapat undi dan kuasa ekonomi Cina dan India.

Tunku melihat manfaat daripada “kongsi” kerana beliau percaya orang Melayu hanya mahu menjadi kakitangan kerajaan dan orang Cina cuma mahu berniaga. Tidak akan ada persaingan atau perebutan di antara mereka.

Orang India akan mengisi jawatan profesional. Namun Tunku tidak menjangkakan apabila kerajaan tidak akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk bilangan Melayu yang meningkat secara mendadak.

Perikatan ‘kongsi’ berjalan dengan baik. Tetapi pada tahun 1963 Singapura menyertai Malaysia.

PAP segera cuba mendapatkan sokongan Cina dengan mengutuk Perikatan “kongsi” kerana ia merugikan orang Cina. PAP berkata rakyat Malaysia tidak sama. Perlu ada Malaysian Malaysia di mana semua faedah perlu berdasarkan merit semata-mata, dengan yang terbaik mengambil segala-galanya, tanpa mengira kaum.

Dengan itu,PAP telah membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak patut ada hak. Orang terbaik perlu memerintah negara ini. Di mata PAP, Singapura diperintah oleh orang terbaik dan yang paling layak. Secara kebetulan, kesemuanya adalah orang Cina.

Dalam pilihan raya 1964, MCA dan Cina Malaysia secara amnya hargai kerjasama mereka dengan orang Melayu. Mereka menolak PAP dan rayuan cauvinis, memberikan ia hanya satu kerusi.

Tunku sedar apa yang PAP sedang lakukan sehingga beliau memutuskan bahawa Singapura tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada Malaysia. Tetapi tindakan PAP itu tidak habis disitu sahaja.. Sisa parti tersebut di Malaysia, menubuhkan DAP untuk menjalankan formula Malaysian Malaysia bagi melemahkan sokongan kaum Cina kepada MCA.

DAP meneruskan serangan terhadap keistimewaan orang Melayu yang disebut tidak adil kepada orang Cina, DAP perlahan-lahan mengurangkan idea kongsi dalam gabungan berbilang kaum Barisan Nasional.

Walaupun ia adalah fakta bahawa Barisan Nasional menyokong pendidikan Cina dan penggunaan bahasa Cina, DAP memberitahu kepada orang Cina bahawa budaya dan bahasa mereka tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh Barisan Nasional.

MCA telah diserang kerana tidak melakukan secukupnya untuk orang Cina.

** Tak betul ke apa yang Tun M cakap???


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.