Haiwan Politik: Anwar Ibrahim Tetap Bantah Akta Pencegahan Jenayah (PCA 2013)
Anwar
Ibrahim telah menyatakan bahawa bantahan terhadap Akta Pencegahan
Jenayah tetap akan dilakukan walaupun ianya telah diluluskan oleh
parlimen. Anwar yang juga Ketua Pembangkang di parlimen menyatakan
bahawa undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PCA 2013 adalah zalim,
melanggar perlembagaan dan tidak berperikemanusiaan.
Aristotle
seorang ahli falsafah kuno Greek pernah berkata bahawa “Manusia
adalah haiwan politik”. Namun begitu pada hemat penulis orang
seperti Anwar Ibrahim adalah haiwan politik paling hina dan
sepatutnya di “tamat”kan riwayatnya sebelum negara ini bertambah
rosak.
Penulis
mengagak bahawa Anwar Ibrahim akan melaksanakan modus operandi beliau
seperti biasa. Beliau akan membuat “road tour” menceritakan
tentang kekejaman kerajaan Malaysia dan selepas itu beliau akan
mengadakan demonstrasi. Inilah sifat seekor haiwan politik yang
bernama Anwar Ibrahim.
Anwar
Ibrahim juga seorang penjenayah yang telahpun dipenjara, mungkin
sebab itu juga beliau merasakan perlu baginya untuk membela nasib
rakan-rakan seperjuangannya yang merosakkan negara dengan melakukan
jenayah di dalam negara ini.
Sebagai
haiwan politik yang berjaya, Anwar Ibrahim telah memutarbelitkan isu
akta tersebut dengan mengaitkannya dengan politik . Namun, disebabkan
kecekapan para pemimpin Barisan Nasional dalam merangka rang
undang-undang ini, tiada satu pun percanggahan yang dapat dijulang
oleh Pakatan Rakyat dan sekutunya untuk menghasut rakyat.
Selepas
Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad, 9, 095 tahanan dari Simpang
Renggam telah dilepaskan dan bercampur dengan masyarakat. Pada tahun
ini sahaja 109 kes tembakan dan kesemuanya berkaitan dengan kumpulan
haram dan kongsi gelap. Jika Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang
ingin berbicara tentang hak asasi manusia, bagaimana pula dengan hak
asasi mangsa kepada keganasan yang dilakukan oleh para penjenayah?
Apakah
pada Anwar Ibrahim, hak asasi manusia hanya tertakluk kepada
penjenayah dan bukannya mangsa? Bagaimana agaknya perasaan beliau
sekiranya ahli keluarganya yang menjadi mangsa culik, rogol, bunuh,
penipuan dan sebagainya? Apakah mangsa-mangsa ini tidak perlu dibela?
Bagaimana pula dengan nasib anggota keselamatan yang menyabung nyawa
demi mengekalkan keamanan negara?
Baca
selanjutnya : di sini
No comments :
Post a Comment