Apalah
BODOH sangat ahli parlimen pembangkang yang mempersoalkan kos
penyelenggaraan pesawat bagi kegunaan
pemimpin-pemimpin negara termasuk Yang Pertuan Agung
dan Perdana Menteri dalam sesi perbahasan di Parlimen semalam. Baca di sini.
Penulis
katakan bodoh sebab bila buat semakan di Internet, tidak
ada pembangkang di mana-mana negara di dunia
yang pertikai kos penyelenggaraan pesawat kerajaan yang
digunakan untuk mengangkut pemimpin negara masing-masing
menghadiri tugas rasmi di luar negara. Pertikai kos beli
ada, pertikai kos selenggara, tidak ada.
Waima
Zimbabwe sekalipun - kebelakangan ini penulis memang gemar guna
negara ini sebagai perbandingan.
Tapi mentaliti ahli parlimen pembangkang di negara kita adalah jauh lebih rendah dan murah dari ahli parlimen pembangkang Zimbabwe
yang dilanda inflasi terburuk dunia itu, sampaikan kos penyelenggaraan pesawat untuk kegunaan pemimpin negara pun dijadikan isu.
Apa tidak ada cerita lain ke?
Contoh
macam ahli parlimen Taiping yang mempersoalkan perkara
ini semalam, apa dah takde langsung masalah rakyat di Taiping
tu yang nak diketengahkan
sehingga kos penyelenggaraan pesawat ini jugak
yang nak dipertikai?
Seolah-olahnya
kalau Pakatan haram ini jadi kerajaan,
pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim akan
berkereta untuk pergi ke Turki atau USA melawat para
pelobi Yahudi yang menjadi penaja utama aktiviti politik
pembangkang di negara ini. Guna jet
yang sama jugak sebab nama pada geran jetitu bukan nama Najib
pun tapi kerajaan Malaysia.
Alangkah
nak ulang alik KL-Sarawak Sarawak-KL pun Anwar
dan culai-culainya guna jet peribadi (konon kawan
bagi pinjam – macam bodoh benar kita ni ya),
ini pulak nak ulang alik ke luar negara nun
Jadi ini semua petanda masalah, hasil dari kebodohan sesetengah kita dulu mengundi badut-badut ini masuk ke Parlimen sehinggakan Parlimen kita hari ini hanya duduk dua atau takuk dibawah sarkas.
Perbahasan pindaan
ke atas Akta Pencegahan Jenayah kelmarin pun begitu juga.Dah tahu dah, berbahaslah sampai tercabut gusi pun undang-undang itu pasti akan diluluskan sebab ahli parlimen BN adalah 44 orang lebih ramai dari ahli parlimenpakatan pembangkang, tapi ada juga badut-badut pembangkang ini yang memanjangkan sesi sehingga ke tengah malam dengan membangkitkan isu yang tidak ada kena mengena.
Apa
tujuannya? Nak sabotajlah tu, kot-kot
ada ahli parlimen BN yang fed-up dan meninggalkan
dewan sehingga pembangkang dapat kelebihan. Malangnya
itu tidak berlaku, ahli Parlimen BN tetap
melekat dan akhirnya undang-undang tersebut
diluluskan.
Nak marah Speaker tak boleh sebab nanti dikatakan menghalang demokrasi, yang salah sudah tentulah badut sarkas pembangkang yang bergelar YB
ini.
Baca seterusnya :di sini
No comments :
Post a Comment