Parlimen
Indera Mahkota (& Kuantan) dipegang oleh calon PKR sejak beberapa
PRU yang lepas. Yang turut menyumbang kepada kemenangan tersebut
ialah penyokong PAS. Mereka tidak teragak-agak untuk memberi undi
mereka kepada calon PKR kerana parti itu adalah sahabat seperjuangan
PAS. Persahabatan PAS-PKR telah menimbulkan satu persepsi yang meluas
di kalangan penyokong PAS bahawa dasar perjuangan PKR adalah selari
dengan tuntutan Islam. Apatah lagi mereka disogok dengan hujah-hujah
berbau Islamik daripada NGO yang pro-AI. Latar belakang AI sebagai
bekas aktivis gerakan Islam turut menjadi faktor penguat persepsi
tersebut.
Walaupun
PKR semakin dilingkari dengan isu-isu yang kritikal kepada umat Islam
seperti liberalisme, pluralisme dsb., namun bagi penyokong PAS
perkara itu adalah fitnah media & hanyalah permainan politik UMNO
untuk memecahbelahkan ikatan PR. Persepsi tersebut bercambah menjadi
keyakinan yang teguh apabila para agamawan PAS yang diharap dapat
menegur keterlanjuran PKR hanya diam seribu bahasa. Dan yang menjadi
mangsa diamnya para agamawan PAS adalah orang awam & penyokongnya
sendiri!
Setelah
sekian lama PR terbentuk, dasar perjuangannya semakin mengakar &
sebati dalam pemikiran para penyokongnya. Sukar untuk dicabut &
dijernihkan semula. Ulamak PAS yang akhirnya terpandang sisi sebenar
perjuangan AI & PKR cuba membuat ‘damage control’. Malangnya,
cadangan Dewan Ulamak PAS Pusat baru-baru ini untuk mengkaji semula
tahalluf siasi dengan PKR mendapat reaksi yang dingin – satu bukti
yang menunjukkan betapa selesanya penyokong PAS dalam dakapan PKR.
Malah ada yang tanpa rasa hormat terus menuduh ulamak PAS sebagai
ejen UMNO. Ustaz Nasrudin yang tentunya pro-ulamak PAS turut menerima
tempiasnya. Kekalahannya di pemilihan PAS kawasan Indera Mahkota
adalah satu lagi manifestasi kerancuan pemikiran sesetengah penyokong
PAS mutakhir ini.
Adakah
sudah terlambat untuk ulamak PAS meluruskan kembali kefahaman para
penyokongnya? Adakah nasi sudah menjadi bubur? Sukar untuk dihuraikan
hal tersebut. Mungkin ulamak PAS dapat menyelamatkan penyokongnya
dengan meminta maaf kepada umum & mengakui kesalahan mereka
semasa membuat ijtihad untuk ber’tahalluf-siasi’ dengan PKR
sebelum ini.
P/S:
Pernah terdengar komen penyokong baru PAS berkenaan isu penggunaan
kalimah Allah oleh bukan-Islam. “Bagi je la mereka pakai. Mereka
pun menyembah Tuhan yang sama!” credit
MORAL
OF DA GAMBAR.
No comments :
Post a Comment