Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, October 1, 2013

SAH ROS KENA MAIN !!! JENICE LEE DAH DIPECAT TAPI BOLEH MENGUNDI !!! PERMAINAN POLITIK GAMPANG DAP


Pada sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) parti DAP semalam, seorang ahli yang telah dipecat daripada parti itu dibenarkan mengundi.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Jenice Lee hadir dalam pemilihan semalam kononnya sebagai pemerhati tetapi sebenarnya beliau dibenarkan mengundi. Apakah sandiwara yang cuba dimainkan oleh DAP ini?


Mengikut rekod, beliau telah dipecat oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada 22 April lepas kerana membantah perletakan calon DUN Teratai yang baru dan bukan dirinya.
Wanita ini yang pada sekitar bulan Jun seperti marah benar dengan DAP sehingga bakal membawa DAP ke mahkamah ekoran membantah keputusan pemecatannya yang disifatkan tidak sah dibuat oleh Karpal.
Dalam laporan akhbar The Star bertarikh 1 Jun lepas, Jenice berkata beliau akan memohon satu deklarasi bahawa pemecatannya dari DAP adalah tidak sah selepas beliau tidak dimaklumkan melalui prosedur yang betul.

Saya tidak dibenarkan menghadiri apa-apa majlis berkaitan parti atau mesyuarat, prosedur yang betul ialah pengurusan DAP memberikan kepada saya surat pemecatan dan ini tidak adil bagi saya,” katanya yang menganggap dirinya masih ahli seumur hidup DAP.
Parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengeluarkan amaran sesiapa ahli DAP yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya itu bakal dipecat dari parti dan mereka diberikan 14 hari untuk mengemukakan rayuan.
Bagaimanapun Jenice tidak merayu.
Dengan tiada sebarang pengumuman kemasukan semula Jenice ke dalam DAP, jadi apakah taraf keahlian Jenice di dalam DAP sekarang? Adakah Jenice ialah seorang pengundi hantu pada pemilihan CEC DAP semalam?
Atau Jenice Lee sengaja mensensasikan isu pemilihan CEC Dap sebelum ni bagi mengaburi mata semua pihak ??  

Baca berikutnya:  MTK

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.