Tajuk
asal: singapura kerana Malaysia...
SAYA
begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan
buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos
2013.
Sebelum
itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah
orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan
mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di
sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di
Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent
(bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah
yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya.
Asyik-asyik
salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina
Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati.
Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima
kasihlah kepada Malaysia.
Sejak
dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadi isu hak
istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia.
Pada beliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju seperti
Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa
pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak. Apa yang berlaku
di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia.
Apa
yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu?
Adakah
dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba?
Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang
bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.
Sedarlah
isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati
untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada
asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah
nama-nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan
tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.
Lagi
soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu,
sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan
masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura
tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini
terkubur.
Itupun
kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa
Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak,
ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu
telah dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura?
Akhirnya,
untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu,
institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis
Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama
yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari
makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah
Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.
Bakat-bakat
Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala
talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang
jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau
tidak diberikan tempat?
Kenapa
banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim)
yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja
yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri
hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana.
Itupun
nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan
Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara
ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini
adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah
menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra
kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita
terus diam.
Tersangat
jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan
kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di
sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup.
Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding
dengan Sekolah Kebangsaan (Agama).
Hatta,
kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah
masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang.
Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong
Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina
seluruh negara bagi menentang PIPP.
Di
Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja
tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik
melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil
yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?
Jika
Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang
seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang
yang kononnya mempunyai talent tersebut.
Kita
mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara.
Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent
yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat
bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian
keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar.
Mereka ini ultra kiasu.
Si
Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk
negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian
air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju.
Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia
0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061.
Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan
tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?
Berbanding
kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri
Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen.
Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen
setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar
AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang
tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan
menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir
usia ini.
Kenapa
Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati
mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan
mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil
kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan
menyebabkan negara ini tergadai.
Baru-baru
ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi
kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00
pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak,
apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan
dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan
ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak
kerajaan.
I
nilah
dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka
akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan
Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan
segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.
Kita
hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah
telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan
itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan
dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew.
Lihatlah
perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh
diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan
lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah
berterima kasih kepada kita?
Apa
sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara
supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan
usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam
Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan
diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.
Nasihat
saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak
boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan.
Tulisan: PROF
MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
1 comment :
Saudara...dsaat anda..saya n segelintir manusia trasa hiba..fahamilh bahawa yg mjual negara ini bkn rkytnya tetapi peminpinnya sdri yg ada kepetingan utk diri sdri jika dbanding dgn kepetingan rkyt...
Post a Comment