Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 14, 2013

Anwar Paling Banyak Luluskan Konsesi Bertol

Mynewshub – Untuk membina sebuah projek konsesi lebuhraya yang melibatkan kutipan tol, kuasa membenarkan sesuatu projek dibina terletak kepada Menteri Kewangan.
 
Menurut Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 menyatakan Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan dalam hal yang sesuai boleh membenarkan sesuatu pihak menguruskan projek lebuhraya mengikut tempoh tertentu konsesi.

 

Ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998 beliaulah menteri yang paling banyak meluluskan pembinaan konsesi lebuhraya yang masih lagi mengutip tol pada hari ini.

Lebuhraya yang diluluskan ketika tempoh Anwar sebagai Menteri Kewangan ialah Lebuhraya SKVE (1998), Lebuhraya Baru Pantai (1997), Lebuhraya Baru Shahpadu (1996), Lebuhraya Grand Saga (1996), Lebuhraya Besraya (1996), Lebuhraya LDP (1996) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (1994).

Baki lebuhraya ialah Lebuhraya Link Kedua (1994), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (1994), Lebuhraya KESAS (1994), Lebuhraya Elite (1994), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (1994) dan Lebuhraya Metramac (1991).



Untuk makluman, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak belum pernah lagi memanjangkan tempoh konsesi mana-mana lebuhraya di Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.  


Apa yang dilakukan Perdana Menteri ialah melepaskan kepentingan kerajaan dalam PLUS kepada UEM Berhad dan KWSP yang menyaksikan kadar tol PLUS tidak dinaikkan selama 5 tahun (2010-2015) dan bila dinaikkan pun pada tahun 2016, kadar kenaikkan itu nanti (5% bagi setiap 3 tahun) adalah jauh lebih rendah berbanding kadar mengikut perjanjian konsesi yang lama (10% bagi setiap 3 tahun). 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.