Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 14, 2013

Pengakuan penuh Nooraida Abdul Talib di sidang media: Skandaldengan Adi Putra


Pengakuan penuh Nooraida Abdul Talib di sidang media - Memberikan alasan amat teruja dengan Adi Putra sehingga rela bertukar-tukar gambar lucah dengan pelakon itu, Nooraida Abdul Talib akhirnya mengakui tersilap langkah kerana terlalu melayan mesej dan whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra pada September lalu.

Saya mula mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba tiba pula menghantar gambar yang agak lucah dan sulit. Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?”

Selain itu, Nooraida turut mengiyakan pernah menghantar gambar-gambar agak seksi kepada Adi tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti gambar-gambar yang dihantar oleh pelakon itu kepadanya.

Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini.”

Ketika beliau ditanya berkenaan tindakan membuka kembali kes terbabit bakal mengaibkan dia dan suaminya, wanita berusia 29 tahun itu memberitahu tidak kisah memandangkan usaha untuk berunding dengan Adi Putra sebelum ini secara damai dan tertutup telah menemui kegagalan.

Saya rasa perkara ini sudah besar dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah.”

Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir.”

Dalam pada itu, Nooraida sempat berseloroh dalam sidang media semalam dengan mengatakan dia tetap akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang biasa-biasa sahaja. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.