Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 27, 2013

KERAJAAN FUCKATAN SELANGOR MEMANG BAIKHATI KEPADA RAKYAT!!! MACAM NI LER BARU BETUL!!!


Ini bukan main-main, ini betul-betul... 

Masa rakyat tentang duk sibuk harga barang nak naik, harga servis pun nak naik, Kerajaan Negeri Selangor sudah pun memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor. Sedar dengan masalah rakyat yang sedang tercungap-cungap terpaksa menelan masalah ekonomi yang dijerutkan oleh Kerajaan Najib Abdul Razak, Khalid Ibrahim telah mengumumkan sesuatu bagi meringankan bebanan rakyat, khususnya kepada ibu bapa yang akan menghantar anak mereka ke sekolah apatah lagi pada saat Persatuan Bas Sekolah sedang menimbang hasrat untuk menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40% daripada kadar sekarang. 

Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pemberian subsidi sebanyak RM300 kepada setiap orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah. 

Baik sungguh hati Kerajaan Pakatan Rakyat. UMNO ada buat macam ni? Takdak, kan? 

TAPI...

Pelbagai janji telah diberikan oleh Pakatan Rakyat semenjak dari tahun 2008. Pelbagai program telah diumumkan dan peruntukan sekian banyak sekian banyak untuk kebajikan rakyat dibangga-banggakan. Malangnya, Laporan Ketua Audit Negara dari tahun 2008 sehingga tahun lepas, tidak menunjukkan langsung pemberian yang diumumkan oleh Pakatan Rakyat Selangor kepada rakyat. Bahkan Ketua Audit Negara dalam laporan menyangsikan program tersebut memandangkan kebanyakan daripada projek pemberian kepada rakyat itu seperti TAWAS, akhirnya hanya bersifat debu. Peruntukan hilang tetapi masyarakat yang kononnya ditolong tetap tak dapat apa-apa. 

Janji bantuan kepada pelajar, bukan janji baru. Sehingga kini, tiga orang pelajar terbaik dari setiap kelas, tetap tidak menerima bantuan seperti yang dijanjikan pada tahun 2008. Sehingga kini juga, akaun Tabung Haji yang kononnya akan dimasukkan bantuan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, kekal dua ringgit walaupun permohonan kononnya telah diluluskan. 

Janji RM300 sebagai subsidi kepada setiap orang murid yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah, sebenarnya merupakan satu lagi janji populis Pakatan Rakyat. Mereka hanya pandai berjanji tetapi kemudian, pura-pura buat bodoh dan tidak tahu apa-apa. 

Ia samalah seperti Kerajaan Negeri Selangor telah menaikkan kadar cukai dan premium tanah selain bayaran untuk yuran lesen perniagaan, kemudian pura-pura marah kepada Kerajaan Persekutuan kerana AKAN MENAIKKAN kadar bayaran dan tarif. Ia samalah seperti Kerajaan Pakatan Rakyat menaikkan bayaran sewa PPR sehingga 100% kemudian dengan bangganya mengumumkan setiap rakyat Selangor akan dibantu sebanyak RM30!!!

Hanya si bodoh yang sudah terkena sihir air kencing Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sahaja yang akan terkinja-kinja mendengar pengumuman bantuan RM300 untuk setiap murid yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah itu. Yang pastinya, tiada RM300 seperti yang dijanjikan, bahkan jangankan RM300, 30 sen pun belum tentu akan dibayar oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk tujuan yang mereka sendiri janjikan. 

Sudah berkali-kali Pakatan Rakyat Selangor menipu...

Jawab dulu tentang kenaikan harga YANG TELAH DIBUAT oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum nak sembang tentang PRIHATIN!!!Credit

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.