Umum
mengetahui beberapa negeri telah dilaporkan terjejas teruk ekoran
bencana banjir yang melanda. Antara negeri yang terlibat ialah
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor malah ekoran kenaikan air
secara mendadak di beberapa tempat, beberapa jalan utama terpaksa
ditutup, bekalan elektrik terpaksa dimatikan dan semua mangsa yang
terlibat berpindah ke pusat pemindahan.
Namun
di sebalik kesibukan itu, kelibat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim
langsung tidak kelihatan di kawasan yang terlibat dengan bencana.
Sudahlah tidak menghulurkan sebarang bantuan, setidak-tidaknya hadir
bagi memberikan sokongan moral.
Tambahan
pula antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kuantan, di mana
majoriti pengundi di kawasan terbabit telah memberikan sokongan
kepada calon PKR sekali gus memberikan mandat bagi mewakili mereka di
dalam Parlimen.
Apabila
disiasat, rupa-rupanya Anwar yang pernah berangan ingin menjadi
Perdana Menteri itu sedang enak bercuti bersama keluarganya di
London. Ia bukanlah merupakan satu fitnah atau sengaja diada-adakan,
tetapi dimaklumkan sendiri oleh Anwar melalui akaun media sosialnya
di Instagram.
Semalam,
Anwar telah memuat-naik sekeping gambar yang memaparkan dia dan
anaknya Ihsan sedang berada di dalam sebuah kereta api. Malah Anwar
dengan bangganya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke Washington
DC. Menarik bukan!!!
Inikah
ciri-ciri bakal perdana menteri yang diinginkan oleh semua
masyarakat? Ketika rakyat sedang dilanda musibah dia begitu seronok
bercuti di luar negara. Sedangkan sebelum ini, ada di kalangan
pemimpin pembangkang yang mendesak agar Perhimpunan Agung Umno
dibatalkan, bagi membantu mangsa banjir.
Namun
apabila diteliti semula, ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana
ia adalah lumrah bagi pemimpin pakatan pembangkang. Contohnya apabila
negeri Selangor di landa ribut beberapa tahun yang lalu, Menteri
Besarnya, Abdul Khalid Ibrahim enggan turun padang bagi meninjau
keadaan mangsa ribut kerana merasakan ia satu perbuatan yang membuang
masa dan membazirkan wang.
“Saya
ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan
saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun
padang kerana ia membazirkan masa saya.
“Jika
saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang
saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” katanya kepada
pemberita ketika itu.
Menurutnya
lagi, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep
negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka
kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.
Di
dalam kejadian tersebut, dianggarkan hampir 1,000 keluarga dari
beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai
Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi
mangsa ribut yang memusnahkan kediaman dan harta benda mereka.
Berbalik
kepada isu banjir besar yang sedang berlaku ketika ini, ketika
puluhan ribu rakyat Kuantan terpaksa dihantar ke pusat-pusat
pemindahan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh langsung tidak kelihatan.
Namun
apabila ramai yang mula mempersoalkan peranannya sebagai wakil
rakyat, baru-barulah kelihatan beberapa keping gambar yang dimuatkan
di laman-laman media sosial, kononnya bagi membuktikan kehadirannya
membantu mangsa. Para pencacai pakatan pembangkang, mungkin merasakan
ianya sebagai cara untuk menangkis tuduhan masyarakat Kuantan yang
hairan dengan ‘kehilangan’ Fuziah.
Tetapi,
bak kata pepatah, “bangkai gajah, masakan dapat ditutup dengan
sehelai daun pisang”. Kebanyakan gambar-gambar yang dimuat naik
lebih banyak memaparkan aksi Fuziah bergaya ala ‘super model’
berbanding membantu mangsa banjir. Ini kerana dia mungkin merasakan
sebagai wakil rakyat, aktiviti bergambar dapat meringankan beban
mangsa yang terlibat.
Nampaknya
benarlah seperti kata Khalid Ibrahim, sesetengah ahli politik lebih
suka ‘bergaya’ dengan cara begini. Jelasnya, perbuatan turun
padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut
dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama
sekali.
“Orang
yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan
pertolongan. Namun, sesetengah ahli politik suka ‘bergaya’ dengan
cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka,” tegasnya.
No comments :
Post a Comment