Pandangan
Pertama
Sejak
beberapa hari lalu, pembangkang memainkan isu anak tiri Perdana
Menteri Riza Aziz membeli kondominium berharga RM 110 juta di Amerika
Syarikat. Berikut adalah dua pandangan penulis di media sosial
Facebook yang kami ambil.
Untuk melihat siapa anak tiri PM Najib ini sila buka Riza
Aziz From Wikipedia, the free encyclopedia sebagai rujukan.
Mohamad Nazari Ahmad - RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar. Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.
Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.Di bawah adalah fakta-fakta menarik tentang beliau:
Pertama:
Berikut adalah beberapa film di bawah kelolaan beliau1) Friends with Kids (2011)2) The Wolf of Wall Street (2013)3) Horns (2013)Kedua..Film “The Wolf of Wall Street” telah mengutip lebih dari US 100 juta dalam 5 hari yang pertama tayangan. Film ini di bintangi pelakon-pelakon yang hebat seperti Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Matthew McConaug dan Jonah Hill.Bukan calang-calang pelakon yang membintangi film ini. Dalam filem-filem yang lain juga di bintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat.KetigaPada tahun 2011, Majalah Variety menamakan beliau sebagai “Top 10 Producer to watch”..KeempatPada tahun hadapan, beliau akan mengeluarkan film terbaru yang berjudul Dumb and Dumber To yang di bintangi oleh Jim Carrey, Jeff Daniels, Laurie Holden and Kathleen
Pandangan
Kedua
Rizal Mansor
15 hours ago · Editedsaya mengikuti perkembangan isu Riza Aziz membeli kondo mewah di New York.. kebanyakan komen menjurus kepada dari mana beliau mendapat sumber kewangan? tak kurang juga yg terus membuat kesimpulan sendiri.. kepala hotak semua terus nak fikir negatif.. tidakkah ada sedetik difikiran itu benda yang positif skit..
pertama sekali, Riza ni membesar dan belajar di luar negara.. sewaktu menuntut beliau ada network dgn anak2 pak arab yang kaya raya.. Riza menjadi pengurus kewangan mereka.. beliau mula menjana pendapatan lumayan dari situ..
nak cabar korang kalau boleh buktikan.. pernah ke Riza ni buka bisnes kat Malaysia? pernah ke Riza ni dapat apa2 peluang perniagaan dgn kerajaan ke GLC ke di Malaysia?? Salahkah Riza menjadi kaya raya hasil titik peluh dan kepandaian sendiri di luar negara?? Salah Riza kerana beliau merupakan keluarga Perdana Menteri.. menjadi ahli keluarga Perdana Menteri mesti hidup papa kedana barulah rakyat puas hati..
pada aku senang saja.. aku berbangga anak bangsa aku berjaya menempa nama di luar negara.. apatah lagi dalam bidang perfileman yang dimonopoli oleh kaum Yahudi..
back to isssue dia beli kondo.. aku percaya dia dan rakan2 yang sememang terlibat dalam bidang hartanah membeli kondo tersebut utk investment.. property kat New York tu harga cepat melambung.. pasti menjana untung lumayan.. aku dengar dari rakan2 yang rapat dgn Riza.. dia dah bertahun involve bisnes tu..
lain lah kalau kita dengar Riza ni sapu macam2 bisnes or kontrak kerajaan di Malaysia pastu duk beli property kat luar negara ada logik gak lah orang nak marah.. BUKALAH MINDA DAN BERSIHKANLAH HATI..
Kesimpulannya
lebih baik ada anak tiri Perdana Menteri yang jadi ahli perniagaan di
New York daripada jadi anak bekas Timbalan Perdana Menteri jang jadi
pembohong di Malaysia. Credit
No comments :
Post a Comment