Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 10, 2013

Rusuhan Di Little India: Pengajaran Kepada Singapura



RUSUHAN yang berlaku di Singapura malam kelmarin menginsafkan penulis bahawa polis Malaysia adalah jauh lebih hebat dari pihak berkuasa di Singapura.

Ikut laporan yang tidak dapat disahkan, seorang perusuh mati ditembak polis Singapura dalam rusuhan yang melibatkan sekitar hanya 400 orang. Ada satu laporan lain kata kematian itu disebabkan oleh kemalangan yang kemudian mencetuskan rusuhan, bukan kerana ditembak!!

Walaubagaimanapun, soal sama ada yang mati itu ditembak polis atau dilanggar bas, bukan isu. Isunya disini ialah rusuhan 400 orang pun susah sangatkah nak kawal?

Itu belum disebutkan bagaimana pihak berkuasa Singapura turut mengerah bantuan tambahan dari satu kontijen pasukan Gurkha untuk mengawal keadaan, atau dalam lain maksud, minta bantuan luar untuk kawal rusuhan oleh 400 orang.

Dengan bantuan Gurkha ini pun, banyak juga kenderaan polis, ambulan dan harta benda awam yang dibakar atau dirosakkan perusuh.

Nampak sangat disitu, tidaklah sehebat mana Singapork ini pun.  Harap gah dengan peralatan canggih sajalah, sedangkan bila berlaku kejadian yang sebenar, kelam kabut juga nak mengawal keadaan, walhal bukan ramai mana pun yang merusuh tu.

Banding dengan Malaysia, bila pembangkang cetus huru hara dalam Bersih 2 & 3, polis negara ini mampu mengawal keadaan dengan TIDAK ADA satu pun kemalangan jiwa yang diakibatkan oleh pihak polis, walaupun jumlah perusuh adalah berkali ganda dari apa yang berlaku di Singapura malam tadi.

Semua ini menunjukkan polis negara kita adalah jauh bersedia dari polis di Singapura.  Dari segi risikan, teknik dan taktikal menangani ancaman, semua membuktikan pasukan polis kita jauh mengatasi polis Singapura. Dan penulis yakin, bukan polis Singapura sahaja, malah semua agensi keselamatan di negara tersebut tidak cukup bersedia menghadapi ancaman sebenar.

Harapannya selepas ini, janganlah ada sesiapa lagi yang memandang rendah keupayaan pasukan polis dan agensi keselamatan lain di negara kita lagi.  Apa yang berlaku di Singapura membuktikan pasukan polis kita terlalu jauh lebih baik walaupun mungkin tidak setanding polis Singapura dari segi kelengkapan yang canggih-canggih.

Lebih-lebih lagi parti pembangkang seperti DAP yang terlalu memandang tinggi negara tersebut walaupun sedar Singapura punya amalan demokrasi, masih 40 tahun kebelakang berbanding Malaysia, kebebasan bersuara yang hampir tidak ada disamping pasukan polis yang tidak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. 

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Singapura dibuktikan tidak bersedia. Sebelum ini pun penjenayah paling bahaya di negara tersebut, Mas Selamat lolos dengan mudah dari tahanan di penjara Singapura.  Siapa yang tangkap selepas itu?

Polis Malaysia yang serba kekurangan ini jugalah kan. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.