Kesian si "gedik"... Tertekan, tembelang pecah
Menurut blogger koi orang Pahang Semut Hitam di SINI, Fuziah Sallah atau Fuziah gedik-gedik dalam keadaan tertekan hingga tanya soalan pun dah melenting.
Hanya ditanya samada benar seperti diwar-warkan di Sosial Media bahawa beliau dimarahi Tuanku Sultan ketika bertemu di SRJK Chun Ching. Tahu lah sembang-sembang sosial media lebih 90% sampah dari fakta.
Padahal ianya tak benar kerana jadual masa berlainan tapi dia dah tertekan betul hingga dituduh Semut Hitam menyebarkan fitnah.
Fuziah si gedik tertekan keran akini pecah tembelang dia tak ada pusat perkhidmatan. Dalam dia menyalahkan dan menuduh pelbagai pihak, blogger Cili Api SINI mendedahkan bahwa:
Tinjauan yang dibuat di beberapa kawasan mendapati Ahli Parlimen Kuantan tidak mempunyai Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat, malah tidak nampak satu 'team' daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Lihatlah di mana-mana kawasan di Kuantan, tidak ada satu pun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan yang beroperasi. Kini, barulah orang Kuantan sedar rupa-rupanya satu Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuantan pun tak berfungsi.
Barulah kita tahu rupa-rupanya Fuziah tiada menyediakan apa-apapun kemudahan kepada mangsa banjir di Kuantan. Dia hanya tahu bantai agensi-agensi kerajaan tetapi di mana kamu sebagai Wakil Rakyat?
Bukan
saja menuduh itu taktik Fuziah untuk tutup tembelang dia tak ada
pusat perkhidmatan, malahan Fuziah turun hanya berkempen takut undi
lari.
MyMassa di SINI memberitahu Fuziah hanya tunjuk muka dan buat-buat perihatin tapi sebenarnya dia tak pernah kisah. Kalau dia kisah, taklah berlaku ....
MyMassa di SINI memberitahu Fuziah hanya tunjuk muka dan buat-buat perihatin tapi sebenarnya dia tak pernah kisah. Kalau dia kisah, taklah berlaku ....
.... Fuziah Gedik kelihatan tidak tahu berurusan dengan agensi mana. Tidak ada connection, tidak pandai hendak jumpa agensi mana, malu untuk meminta bantuan dengan agensi-agensi keselamatan dan bencana lantaran selama ini terlalu banyak memperlekehkan agensi-agensi kerajaan persekutuan. Apabila terkena dengan ujian banjir besar, dia menggelabah tidak tentu arah bagaikan nenek yang mentutuh cucu-cucunya. Semua orang dimarahinya, mulutnya tidak berhenti-henti membebel.
Kegedikan dia terserlah ketika mengambil peluang di Parlimen dengan menunjukkan konon keprihatinannya, walhal Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuantan satu pun tiada yang berfungsi. Alangkah eloknya ketika di Parlimen beliau memohon bantuan kerajaan khususnya agensi kerajaan, bukannya mengambil suara sumbang menentang arus mengata semua orang salah dia seorang sahaja yang betul.
Kalau
kami pengundi Kuantan, kami akan tanya:
...berapa ribu ringgit atau berapa puluh ribu ringgit dia akan membuat tuntutan perjalanan, tuntutan makan, tuntutan hotel, tuntutan pelbagai sebagai ahli Parlimen Kuantan dek kerana peristiwa banjir ini. Rakyat perlu tahu apa yang dituntutnya dan berapa jumlahnya? Kerana selama ini, diwar-warkan kononnya tiada tuntutan dibuat. Kita mahu rakyat mengetahui bahawa selain daripada Elaun Ahli Parlimen, dia juga akan membuat pelbagai "claim".
Sumber : The Unspinners
No comments :
Post a Comment