
Kesukaan
untuk menyalahkan kerajaan atas segala hal sudah menjadi sindrom
kepada sebahagian orang terutamanya yang mempunyai kepentingan
politik tertentu. Kerajaan mungkin boleh dikritik dan dipersalahkan
atas kenaikan harga elektrok, gula, petrol dan Tol biarpun punya
alasan munasabah.
Namun
menyalahkan kerajaan atas kenaikan caj ASTRO sangat tidak masuk akal
dan sangat aneh. Pertamanya ASTRO bukanlah barang keperluan hidup
rakyat Malaysia. Ia hanyalah hiburan yang sewajarnya ditentukan oleh
pasaran bebas.
Mungkin
kerana sudah tiada isu mahu menghasut rakyat membenci kerajaan, maka
Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat bantahan kepada kerajaan
terhadap kenaikan caj Astro dan mendesak kerajaan menamatkan monopoli
syarikat terbabit.
SAMM
yang terkenal sebagai alat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya
melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum melalak di khalayak
umum.
Faktanya
jelas ASTRO bukan pemilik tunggal lesen stesen televisyen berbayar
dan satelit. Selain ASTRO terdapat banyak lagi pemegang lesen
tersebut iaitu, U Television Sdn. Bhd., Asiaspace Digital Sdn. Bhd.,
Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Fine TV Network Sdn. Bhd.,
TM Net Sdn. Bhd., MOL Media Sdn. Bhd. dan De Multimedia Sdn. Bhd dan
yang terbaru ialah ASIAN Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN).


Justeru
sangat tidak masuk akal untuk SAMM menyalahkan kerajaan atas kenaikan
caj ASTRO. Malah lebih tidak masuk akal apabila meminta kerajaan
menghentikan monopoli ASTRO sedangkan ia bukan monopoli.
Kalau
hendak hasut rakyat membenci kerajaan pun janganlah sampai membohongi
rakyat terhadap fakta sebenar. Eloklah SAMM memohon masuk Maharaja
Lawak Mega, mungkin lebih relevan peranan mereka kepada masyarakat.
No comments :
Post a Comment