Apa
yang anehnya, orang yang mendabik dada ingin mengunakan pendekatan
Islam ini, langsung tidak berminat untuk mempertahankan hukum hudud
sebagaimana yang dilakukan oleh cicit kepada khalifah kedua Khulafa
al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab. Dari segi ini,
nampaknya sebagaimana maksud peribahasa Inggeris, the
appearance is more important than substance.
Tidak cukup dengan guna maskot tidak rasmi pemerintah Islam itu, ketika Ramadan pula, jadual Guan Eng agak sibuk ke sana ke mari untuk bersama umat Islam berbuka puasa seolah-olah ia sudah menjadi satu ‘majlis’ dan bukan lagi satu ibadah eksklusif umat Islam. Itu belum lagi diambil-kira peruntukkan yang diberikan kepada guru agama, imam dan sebagainya.
Namun
semua yang dilakukan itu sebelum PRU13, sebaik sahaja berjaya
mengekalkan kuasa, lagaknya mula berubah. Daripada seorang yang agak
Islamik, dia kembali menjadi seorang pemerinah yang zalim lagi rasis.
Contohnya,
sejak PRU-13 tamat, apa yang telah kerajaan DAP mereka lakukan untuk
kebajikan rakyat. Mereka hanya berkempen dan berpolitik setiap masa
tetapi tidak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat. Harga surcaj
air naik 100 peratus, rumah kos rendah dan sederhana sehingga kini
masih tidak nampak bayang dan peniaga kecil diganggu sehingga
pendapatan mereka terjejas.
Antaranya
tindakan melampau DAP yang merobohkan gerai-gerai makan di Teluk
Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota tanpa sebarang notis.
Malah mereka juga tergamak untuk meruntuhkan rumah seorang warga emas
di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.
Tidak
cukup dengan itu, nasib 58 keluarga yang rata-ratanya dihuni oleh
golongan nelayan juga seperti tidak menentu apabila kerajaan negeri
mengarahkan mereka mengosongkan rumah di Kampung Permatang Tepi Laut,
Batu Maung walaupun perkampungan tersebut telah wujud hampir 100
tahun lalu.
Malah
sebelum ini penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau turut terkejut
apabila dimaklumkan mengenai tindakan Guan Eng yang mahu mengambil
tanah mereka atas alasan untuk mewujudkan ‘hab pendidikan’.
Mungkin
kerana sudah tidak tahan dengan layanan yang diberikan selama ini,
PAS Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan akan meletak semua jawatan
dalam kerajaan negeri. Menurut meraka pentadbiran Guan Eng langsung
tidak mempedulikan Pas malah mereka juga seolah-olah dinafikan hak
untuk bersuara yang diumpamakan seperti melukut di tepi gantang.
Terbaru
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid sebelum ini
mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap penjaja Cina
yang berniaga secara haram sepanjang Pantai Bersih, Butterworth,
serta membantah Pulau Jerejak ditukar kepada nama Pulau Mizu [
https://www.facebook.com/isupolitiksemasa.fanpage/posts/10151868997988178
].
Ekoran kenyataan tersebut, Guan Eng kemudiannya berkata, beliau
sentiasa memikirkan Jahara sebagai nenek yang biasa tetapi beliau
kemudiannya menjadi "nenek
yang rasis dan tidak munasabah".
Kesimpulannya,
DAP dan sikap perkauman boleh disifatkan tidak dapat dipisahkan.
Kepada orang Melayu khususnya, nilailah sendiri apakah benar Guan Eng
mengamalkan pemerintahan ala Khalifah Umar Abd Aziz atau ia
sebenarnya hanya sekadar retorik politik semata.
No comments :
Post a Comment