Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 6, 2013

Penjelasan Kerajaan Isu RM7.2 Billion - Anda Terima ?


Dibawah adalah penjelasan dari Kementerian Kewangan akan isu perbelanjaan RM7.2 billion yang dibayar kepada perunding swasta.

PENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009 - 2013


1. Kementerian Kewangan ingin merujuk kepada laporan berkaitan jumlah pembayaran kepada syarikat-syarikat perundingan swasta sebanyak RM7.2 bilion dari tahun 2009 hingga Oktober 2013.

2. Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.15 bilion adalah merupakan perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013. Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.

3. Malahan, mengambil kira perbelanjaan sebenar pembangunan bagi tempoh 2009-2012, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM195.655 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang telah dikenalpasti di seluruh Negara.  Manakala untuk 10 bulan pertama tahun 2013, perbelanjaan sebenar pembangunan adalah sebanyak RM30.077 bilion.


4. Sementara itu, sebanyak RM1.05 bilion daripada RM7.2 bilion tersebut adalah belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013, antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan professional lain seperti bayaran yuran audit, yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan.

5. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.



KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
4 DISEMBER 2013

Setelah hampir 3 minggu isu ini menjadi bahan gossip rakyat, baru sekarang Kementerian Kewangan nak jawab ? 

RM6.15 billion adalah bagi maksud pembangunan dan RM1.05 billion pula adalah perbelanjaan Maksud Mengurus. Saya lihat standard jer jawapannya, tak perlu 3 minggu untuk dijawab kalau setakat itu saja yang mampu diberikan oleh kerajaan.

Entahlah .... macam susah jer nak terima jawapan di atas. Satu lagi kenapa diberikan alasan  kerajaan tidak mempunyai kepakaran penyelidik yang mencukupi pada awal isu, kenapa tidak keluar terus jawapan di atas ?

Maksud saya, untuk dapatkan angka RM7.2 billion itu pasti sudah punya pengiraannya. Kerajaan hanya perlu dedahkan saja secara ringkas bagaimana angka itu dicapai. 

Tapi bila terpaksa ambil 3 minggu untuk berikan jawapan UMUM seperti diatas, saya tidak terkejut jika ramai yang berfikiran tempoh selama itu adalah untuk mencari perkataan2 yang bombastik seperti di atas untuk dikumpulkan supaya dapat dihidangkan kepada rakyat yang pasti ternganga .....

Yang saya hairan, kalau tujuannya adalah untuk pembangunan, kenapa tidak masukkan saja dalam akaun Pembangunan projek2 berkaitan, kenapa perlu diasingkan ?

Jika ia adalah jumlah yang angka2 perbelanjaan bagi tujuan khidmat Perunding yang diambil dari akaun Pembangunan segala projek2 kerajaan, dengan tujuan untuk diperlihatkan jumlah yang telah dibayar bagi tujuan Khidmat Perunding Swasta, adakah ini bermakna yang angka RM7.2 billion itu bukanlah satu perbelanjaan baru tapi merupakan perbelanjaan yang sudahpun diambilkira dalam kos projek2 terbabit ?

Anda pula bagaimana ..... terima penjelasan kerajaan di atas ? Saya sendiri ....errrr..... agak skeptikal !

Anda boleh baca semula artikel Mkini - KLiK yang mula2 keluarkan isu iniuntuk dapatkan semula feel nya.

PS - Mungkin mereka yang mahir dalam bidang perakaunan dapat berikan pandangan....



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.