Penjelasan
terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan
Pensekuritian Hutang Kerajaan
Kementerian
Kewangan telah mengeluarkan kenyataan berikut :
SIARAN
MEDIA
MEDIA
RELEASE
KEMENTERIAN
KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY
OF FINANCE MALAYSIA
Penjelasan
terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan
Pensekuritian Hutang Kerajaan
Kenyataan Ahli
Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas
adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor
(MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh
World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.
Untuk
makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM
tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi
2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada
25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk
mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti
yang diwar-warkan di dalam media bagi
membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.
Pengewangan
Aset Kerajaan (Monetization of Assets)
Untuk
makluman, penjualan tanah adalah di
bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization
of assets) bertujuan bagi memajukan tanah
berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.
Inisiatif
pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak
tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih
banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan,
Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di
dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.
Aset
tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan
penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan
Hartanah (JPPH).
Sebelum
sebarang penjualan tanah
dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada
agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu
mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.
Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi
tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk
membangunkan tanah tersebut.
Pengewangan
aset adalah aktiviti yang
biasa dilaksanakan oleh mana-mana
Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai
contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf,
London yang dijual kepada sektor
swastauntuk dibangunkan sebagai hub kewangan
antarabangsa. Langkah yang sama juga
dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.
Pensekuritian
Hutang Kerajaan
Pensekuritian
hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal
pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.
Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama
hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9%
daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang
adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank
komersil sebagai satu strategi pembiayaan.
Kesimpulan
Dalam
RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit
fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada
3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet
berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini
penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan
Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan
bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan
pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi
konsolidasi fiskal Kerajaan.
Oleh
itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang
dibentangkan di Parlimen sebelum
membuat tuduhan yang tidak berasas, demi
kebaikan bersama.
Kenyataan
yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah
tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan
isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.
KEMENTERIAN
KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24
Disember 2013
|
Wednesday, December 25, 2013
Rafizi putar belit dan tidak bertanggungjawab - MOF
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
DISCLAIMER
Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.
No comments :
Post a Comment