… ibarat buku
bertemu ruas
Bangsa Melayu lwn
Bangsa Malaysia
- Isma mengiktiraf Tanah Melayu sebagai wilayah kedaulatan bangsa Melayu.
- Evangelista
menolak bahawa negara ini adalah tanah ‘Melayu’ tetapi
sebaliknya menganggap Melayu juga kaum pendatang. Evangelista
mempercayai semua warga adalah sama rata dan bersaudara (“brothers
and sisters”).
Identiti Islam lwn
identiti Kristian
- Bagi Isma, Melayu dan Islam adalah identiti nasional kepada Malaysia.
- Bagi
evangelista, Melayu adalah identiti “rasis” dan Islam adalah
identiti “pelampau agama” (religious
bigotry).
Perpaduan Melayu-Islam lwn perpaduan Cina-Kristian
- Isma berpendirian bahawa penglibatan orang kafir dalam politik hanyalah di dalam hal melaksanakan hak yang bersesuaian dengan syariat Islam dan perlembagaan negara.
- Evangelista
berpendirian bahawa penglibatan NGO Islam dalam politik adalah
melambangkan haluan kanan beserta NGO Islam yang mahu mengehadkan
penggunaan ‘Allah’ (khusus bagi umat Islam sahaja) adalah
setaraf Taliban dan Perkasa.
Aspek
ruhi lwn aspek duniawi
- Isma mengkehendaki pembangunan nasional berteraskan pandangan yang menyeluruh terhadap fungsi manusia yang berpaksikan aspek ruhi.
- Evangelista
mengkehendaki pembangunan nasional berteraskan fungsi manusia yang
berpaksikan aspek produktiviti, daya saing dan senantiasa maju.
Negara
Islam lwn negara Malaysian First
- Isma meletakkan syariat Islam sebagai rujukan dalam pembuatan dasar dan perundangan.
- Evangelista
meletakkan syariat UBAH (prinsip boleh disesuaikan dengan musim dan
keadaan) sebagai rujukan dalam pembuatan dasar dan perundangan.
Isma
masuk gelanggang kerana PAS sanggup menggadai prinsip Islamnya serta
sedai bersekongkol dengan evangelista DAP manakala Pemuda Umno lembik
dan Umno hilang arah dan perjuangan.
Manakala
Isma telah membidas ‘Kenyataan
Pakiam biadap dan menghina Najib‘,
Umno pula membiar sahaja kepala presidennya dipijak Uskup Agung tanpa
pembelaan.
Nama
dan profil Isma semakin terserlah kerana orang Melayu cukup muak
dengan PAS dan Umno. Kedua-dua parti Islam/Melayu tersebut sudah
tidak bermaya serta tampak tidak terdaya untuk mengekang asakan demi
asakan oleh evangelista. Ekoran itu laluan terbuka bagi Isma untuk
menjadi kuasa ketiga dalam dunia politik Melayu.
Nota:
Pendirian-pendirian politik Isma disalintampal dari laman
sesawang rasmi pergerakan tersebut. credit
No comments :
Post a Comment