Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 13, 2013

Fitnah Blogger OutSyedTheBox

outsyedthebox

TINDAKAN blogger OutSyedTheBox memutar belitkan berita yang disiarkan Sinar.fm pada 9 Disemberlepas berhubung kenyataan kononnya Perdana Menteri tidak akan menghadiri majlis pengebumianbekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela pada Ahad ini kerana ingin mengurangkan kos, amatlah  dikesali.

Dibawah tajuk ”PM’s Advisor Insult Mandela, Keep Bungling Along”, blogger berkenaan mengambil kesempatan membodohkan semua orang dalam pejabat Perdana Menteri (secara tidak langsung, Perdana Menteri sendiri) kerana berita yang kononnya disiarkan oleh Sinar.fm itu.

Hakikatnya bagi orang yang bercakap Melayu pun tidak begitu betul seperti dia, mendengar berita dari Sinar.fm adalah perkara terakhir yang mungkin dilakukan dalam hidupnya, sebab itulah dia bergantung kepada telinga kawan-kawannya (yang entah siapa) dan mengambil peluang untuk menghentam Perdana Menteri dan para pegawai di pejabatnya tanpa usul periksa.

Yang sebetulnya, blogger berkenaanlah yang silap kerana berita dari Sinar.fm tersebut jelas mengatakan PERDANA MENTERI ISRAEL yang tidak akan ke Afrika Selatan menghadiri pengebumian Nelson Mandela kerana ingin mengurangkan kos, BUKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Walaupun blogger berkenaan telah menarik balik berita tersebut dari blognya sejak semalam, tapi sepanjang tempoh 2 hari artikel berkenaan tersiar, telah cukup mengundang begitu banyak pandangan buruk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pegawainya di pejabat Perdana Menteri.

(Anyway, 2 hari nak tarik balik artikel yang satu Malaysia pun tahu tak betul?)

Ini dibuktikan dari majoriti besar komen dalam artikel tersebut yang jelas memperlekehkan Perdana Menteri dan pegawainya dalam isu tersebut, sedangkan berita itu adalah tidak benar sama sekali – yang tak datang ke pengebumian Mandela kerana nak mengurangkan kos ialah Perdana Menteri Israel, bukan Perdana Menteri Malaysia.

Termasuk satu komen yang mengaitkan ketidak hadiran Perdana Menteri (kononnya kerana ingin menjimatkan kos) adalah disebabkan Mandela seorang Kristian dan berbangsa Afrika!!
comment1
Ini sangat tidak benar sama sekali dan kalau tidak salah penulis, berniat jahat kerana cuba menggambarkan Perdana Menteri seorang rasis dan ekstrimis agama (pandangan yang cuba disemai pembangkang). 

Walaupun komen itu datang dari pembacanya, tapi blogger berkenaan mengawal (moderate) komen-komen yang boleh disiarkan atau tidak, secara tidak langsung menunjukkan yang dia juga bertanggungjawab!!

Faktanya, negara kita akan menghantar 2 orang Menteri mewakili kerajaan Malaysia ke majlis tersebut iaitu Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili kerana Perdana Menteri menghadiri mesyuarat di Jepun pada waktu ini dan dalam negara pun sedang berlaku kejadian banjir di sana sini yang memerlukan perhatian beliau.

Nanti tinggal mangsa banjir disini kerana nak melawat Mandela, cakap apa pulak?  Orang tak puas hati ni macam-macam, buat salah, tak buat salah.

Tambahan itu, bukan kali pertama blog berkenaan menyiarkan berita kurang tepat tentang PerdanaMenteri dan agensi-agensi dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri mahupun Kementerian Kewangan. Sebelum ini pun beberapa kali dibuktikan bahawa artikel yang ditulis di dalam blogberkenaan menyimpang dari kisah yang sebenar walaupun dibuat dalam bentuk untuk mendapatkanpenjelasan.

Antara yang penulis boleh ingat ialah dakwaan kononnya Ekuinas kerugian hampir RM 400 juta dalam satu transaksi pelaburan di Singapura yang telah pun dibuktikan tidak benar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abd Wahid Omar di Parlimen pada 21 Oktober 2013.

Kesimpulannya, sikap tidak bertanggungjawab blogger berkenaan menyiarkan artikel palsu seperti itu dan tidak pula mahu memeriksa terlebih dahulu dengan pejabat Perdana Menteri untuk pengesahan, menunjukkan dia adalah seorang penulis yang cuai dan tidak bertanggungjawab. 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.