Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 14, 2013

RANCANGAN BRIGGS - KESILAPAN BESAR BRITISH


Apa itu Rancangan Briggs? Mengikut Wikipedia

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.

Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untukmenyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cinadari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru

Kenapa Rancangan Briggs hanya tertumpu kepada kaum Cina sahaja? Ini jelas menunjukkan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang mempunyai simpati dan menyokong perjuangan komunis.

Rancangan Kampung Baru dengan menempatkan semula penduduk Cina dengan diberikan pelbagai kemudahan merupakan satu kesilapan besar yang pernah British lakukan ketika menjajah Tanah Melayu. Walhal pada ketika itu taraf penduduk Cina hanya sebagai imigran yang datang ke Tanah Melayu untuk bekerja.

Sepatutnya pada ketika itu dengan penduduk Melayu yang sentiasa memberikan sokongan kepada British, pilihan yang paling baik sekali untuk mengekang sokongan terhadap pergerakan komunis ialah dengan menghantar pulang imigran-imigran Cina ini kembali ke Tanah Besar China, bukannya dengan mengurung mereka dalam Kampung-kampung Baru dengan diberikan pelbagai kemudahan.

Kini, kesilapan yang dilakukan oleh British tersebut terpaksa ditanggung oleh Melayu apabila anak cucu penduduk yang diberikan pelbagai keistimewaan oleh British dalam Kampung Baru semakin berani dan lantang mempersoalkan keistimewaan Melayu dan agama Islam.


Cuma... Melayu dan Islam sememangnya baik....... 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.