Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 21, 2013

Tenggelam Nampaknya Isu Anwar Cuba Halang Shafee Abdullah Sebagai Pendakwaraya Kes Liwatnya


Perlu diakui bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan genius yang Allah Taala anugerahkan kepada rakyat Malaysia. Sama seperti Tun Dr. Mahathir Mohammad, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dijadikan Allah Taala sebagai teladan.

Cuma bezanya Dr. Mahathir menjadi teladan untuk kehebatan bangsa Melayu dan manfaat yang diberikan kepada rakyat negara ini, termasuklah kepada rakyat yang menentang dan mengecamnya sepanjang masa.

Manakala Anwar Ibrahim pula merupakan teladan kepada pengkhianatan dan kejahatan dalam usaha mengejar cita-cita untuk menjadi penguasa. Sejarah Melaka tahun 1511, kembali berulang bermula dari tahun 1982. Sejarah Kedah yang tamadunnya berusia ribuan tahun, menjadi mundur melalui ketamakan menjadi sultan dan raja apabila pihak yang diminta tolong, bertindak sebagai penjajah.

Anwar sanggup melakukan apa-apa sahaja. Tidak ada taktik dan teknik penipuan yang tidak dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehinggakan bukti-bukti terang dan nyata seperti kehadiran air maninya dalam dubur Saiful Bukhari Azlan, berjaya meyakinkan para penyokongnya bahawa semua itu hanyalah fitnah semata-mata.

Dan teori mereka tentang bagaimana air mani itu boleh berada di dalam dubur Saiful, sungguh menarik malah langsung tidak dapat diterima akal oleh golongan yang waras. Namun bagi para penyokong Anwar Ibrahim, tiada yang mustahil sehinggakan mereka begitu mempercayai teori pemerasan air mani yang cuba dipopularkan oleh Anwar dan barisan peguambelanya yang diketuai oleh Karpal Singh.

Sewaktu perbicaraan dilangsungkan di Mahkamah Tinggi membabitkan kes yang sama, Anwar dan barisan peguamnya begitu hebat. Mereka tidak sahaja mematahkan hujah-hujah pendakwaraya tetapi juga turut mengeluarkan pelbagai teori yang sangat baru dalam sejarah klinikologi dan farmasikologi.

Namun dalam rayuan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan setelah kes berkenaan dimenangi oleh Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi menerusi kaedah teknikal dan bukannya fakta, Anwar Ibrahim nampaknya cuba melengah-lengahkan masa menerusi pembantahannya terhadap Datuk Shafee Abdullah, seorang peguam ternama yang menjadi pendakwaraya kes berkenaan di Mahkamah Rayuan.

Tiada sebarang alasan konkrit yang diberikan oleh Anwar Ibrahim, sebaliknya Ketua Umum PKR itu membuktikan bahawa dia menguasai mahkamah apabila enggan hadir ketika kes itu dibuka untuk dibicarakan. Anwar sebaliknya berada di Washington hanya untuk menyampaikan ucapan walaupun ucapannya itu tidak akan membuatkan dunia ini berpusing terbalik.

Anwar terus berusaha melengah-lengahkan masa perbicaraan. Anwar mempertikaikan Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya kes berkenaan. Anwar memberi alasan dan cuba memberitahu para penyokongnya bahawa dia enggan menerima Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya kerana Shafee bercita-cita untuk menjadi Peguam Negara.

Sudah ada yang memperkatakan tentang hal tersebut. Sudah ada perbincangan yang dilakukan tetapi Anwar Ibrahim dengan bijak, melarikan topik perbincangan kepada isu kenaikan harga tol yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi pemilikan lebuhraya di seluruh Selangor.

Dan kini tiada sesiapa pun yang memperincikan alasan-alasan remeh Anwar Ibrahim tentang ketakutannya terhadap Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwatya di Mahkamah Rayuan kerana semuanya sibuk memperkatakan tentang kenaikan tol yang tidak wajar.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.