Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 14, 2013

PANASS !! PENYAMUN SEDANG AGIH HARTA LANUN PARTI DALAM AKAUN PERIBADI ???!!



Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan dari seorang aktivis MIC Datuk R. Ramanan bahawa DAP sekarang ini sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Rancangan ini dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). Hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Kini, Guan Eng dan Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan dan aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya ROS mempunyai bukti berlaku unsur manipulasi dalam pemilihan CEC pada Disember lepas.

Terdapat beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti Lim' telah dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta itu.

Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak akan sesekali berpihak kepada mereka. 

Sebab itu Guan Eng lebih rela pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya sahaja.

Adakah khabar angin ini benar atau tidak ?? Kalau tidak Guan Eng tampil segera nafikan sahaja semua tuduhan ini, tidak perlu panjang panjang cerita...

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.