Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, December 12, 2013

KALAU PEMIMPIN UMNO/BN BENAR SERIUS MAHU MENDENGAR KELUHAN RAKYAT ? APA KATA TINGGAL MENETAP 6 BULAN DENGAN RAKYAT MELAYU PERTENGAHAN ?


Dikabarkan Perdana Menteri Thailand, Yingluck telah membubarkan parlimen setelah desakan dan demonstrasi besar-besaran kumpulan pendemo berjaya melumpuhkan selama 2 minggu perbandaran utama di thailand.

Aas pertembungan dua kumpulan rakyat pro merah dan kuning ini mudah dikenalpasti.

Merah adalah pro kepada Thaksin, majoritinya datang dari kumpulan luar bandar sebut kampung yang selama pemerintahan Thaksin, kumpulan ini mendapat manafaat besar hasil daripada dasar dan polisinya mengenai pembelajaran dan kesihatan.

Manakala kumpulan kuning pula yang opos yakni menentang merah. mereka mendakwa kumpulan merah adalah anti kepada monarki dan terlalu liberal dalam ekonomi.

ASAS 2 KUMPULAN INI BERTEMBUNG antara katalis utamanya adalah kerana Thaksin telah menjual pemilikan saham telekomunikasi negara kepada Temasek holding, syarikat pelaburan utama negara Singapura.

Hakikatnya, semangat kekitaan dalam separuh daripada rakyat Thailand yang mahukan segala milik negara dikekalkan merupakan langkah terpuji.

Di atas kita mengenalpasti pola sikap majoriti rakyat Thailand yang terpecah dua.  Jika pemimpin merah memerintah, kuning akan bertindakbalas. Begitulah nasib Thailand sejak hampir 13 tahun yang lepas.

Di amerika dan sebahagian negara di eropah, kriteria memilih parti yang membentuk kerajaan lebih terarah kepada pendasaran cukai, kesihatan, pekerjaan atau lebih mudah disebut sebagai dasar ekonomi yang menguntungkan RAKYAT dan bukannya konglomerat.

Demokrasi dan pilihanraya di barat sudah tidak perlu ke arah bloodshed atau pertumpahan darah, sebaliknya janjian pilihanraya itu adakah ianya bakal menguntungkan RAKYAT.

Berkemungkinan jika panjang umur, tahun 2018 kita rakyat malaysia akan menghadapi PRU ke 14.

Hakikat PRU di malaysia, nak tak nak harus diakui ianya semakin menjurus kepada penelitian pengundi terhadap dasar poket dan status quo.

Pru 1990 lebih melibatkan kepada pertembungan sokongan kelompok kepada 2 entiti utama, Dr mahathir dan Tengku Razaleigh.

PRU 1995 lebih memberatkan kepada bagaimana parti politik hendak membentuk sokongan rakyat terhadap mereka. ia lebih terarah kepada bagaimana Pas,Dap dan S46 mahu mengajak pengundi untuk beralih arah dan menyokong mereka.

Detail mengenai poket , sara hidup, pendidik dan kepelbagaian dasar tidak dibicarakan pada tahap pru ini.

PRU 1999, ia semakin mengecil bilamana pertembungan pru ini sekadar melibatkan permaslahan seorang yang ada masalah moral diterajang keluar dari parti.

Pas yang selama ini mati mendapat nyawa politik bila mereka mengoptimakan kes Anwar sehabis mungkin untuk mendapatkan sokongan Melayu.

Waktu itu, Pas tiada keupayaan untuk membentuk dasar politik kuat apatahlagi ampuh. PRU 1999 membuktikan Pas hidup semula setelah lama mati.

PRU 14 pada pada penulis, ianya akan lebih nampak profesional dan terarah mengenai halatuju dasar melibatkan rakyat yang lebih meluas.

Orang kampung yang ditemui sudah berani membicarakan mengenai ekonomi, dalam ertikata mengenai bagaimana ringgit dibelanjakan kerajaan, bagaimana nilaian ringgit itu berkadar dengan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Kebanyakan golongan pertengahan Melayu akan melihat PRU 14 ini sebagai cubaan pembantaian dan pengajaran maksima kepada kerajaan jika kerajaan enggan faham masalah kos kehidupan.


PRU
13 melayu masih memberi kepada UMNO atas dasar agama dan survival politik melayu,

Namun jika pemberian undi ini enggan dihargai, tiada mustahil banyak perkara mustahil akan berlaku.

Melayu tak faham apa signifikannya sukuk dengan undi.


Melayu kampung tak faham mengenai kerugian suku tahun pertama.


Melayu tak nak dengar lagi mengenai sloganista NKRA,NKEA,NKVE, PEMANDU,dipandu dan kena pandu.


Melayu pada hakikatnya dah faham dasar Pas yang menghancurkan.


Melayu pada hakikatnya dah paham serius UMNO mengenai status quo islam dan melayu.


Yang melayu mahukan adalah satu dasar yang betul-betul ampuh hingga ianya KENA PADA POKET lantas membuatkan mereka boleh sedikit legu tersenyum kerana dasar baru kerajaan ini benar-benar kena pada tulang belulang dan belikat darah poket mereka.


Kalau tak faham betapa strugglenya hidup Melayu pertengahan di lembah klang..


mungkin pak menteri boleh merasai denyut nadi rakyat melayu pertengahan ini dengan melakukan percubaan menaiki honda ex5, keluar kerja pagi balik malam. 


Kalau tayar pancit tolak motor sendiri.


Tak payah bawak bodyguard dan pemandu.duduk kat flat. diberikan gaji rm2000 dan membawa masuk isteri dan anak untuk tinggal 6 bulan di kawasan flat kos rendah.


Bayar sendiri bil api dan air. Bayar sendiri duit sekolah anak. Kalau tak cukup gaji yang RAKYAT BERIKAN, buat kerja part time. Jual kuih atau tudung secara online dalam face book.


6 bulan kalau pak menteri boleh buat benda ni, percayalah kesedaran akan datang lantas banyak dasar yang menguntungkan rakyat akan diperincikan.

A
khirannya, PRU 14 BN akan terus kekal memerintah.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.