Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, December 12, 2013

Tragedi Banjir Kemaman - Antara Wira2 Tak DiDendang ( 50 gambar )

Berkongsi berita dari blogger tersohor Din Turtle..


Antara ramai2 sukarelawan yang turun membantu di daerah Kemaman semasa banjir ini adalah satu group itu yang menggunakan nama Komunikasi Dan Media Baru Kemaman yang diwujudkan secara TIDAK RESMI oleh Umno Kemaman dimana dikumpulkan wartawan, pegawai2 agensi kerajaan dan Umno dalam satu group Watsup bagi memudahkan penyaluran maklumat dan penyelarasan program bantuan secara efektif, cepat dan berkesan.

Dapat saya perhatikan bagaimana masalah mangsa banjir diadukan dan dengan segera maklumat itu diberikan kepada mereka yang berkenaan. Mana2 kawasan yang memerlukan bantuan jika sampai kepada Group ini, mereka akan cuba bantu mengikut kemampuan dan skop kerja mereka.

Gerakkerja mereka saya puji - TAHNIAH ! Anda memang TERBAIK !

Dibawah saya copy 50 keping gambar dari ratusan imej yang disebar melalui watsup Group ini. ( Gambar2 posing, saya tak berapa layan ya.... )

Sekurang2nya dapat memberi gambaran sebenar keadaan banjir di Kemaman dari mula sehingga petang tadi.

Walaupun air banjir sudah surut namun kerja2 para sukarelawan masih belum selesai.... apatahlagi mangsa2 banjir yang pastinya mengambil masa yang lama untuk kehidupan mereka kembali normal.

Ya, ramai lagi yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini ..... ini sekadar secebis dari apa yang berlaku di daerah Kemaman sepanjang trajedi Banjir 2013.

Sekali lagi kepada Group Komunikasi Dan Media Baru Kemaman - TAHNIAH dan TERIMAKASIH !

Begitu juga kepada ribuan sukarelawan yang terlibat - TAHNIAH dan TERIMAKASIH !





























No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.