“Panas”nya
negara bila fitnah dan tohmahan menjadi “makanan” pembangkang.
Lagu kejian dan cacian yang berterusan atas dasar politik kotor
menenggelamkan segala kebaikan dan jasa kerajaan. Namun hakikatnya
hanya segelintir mereka yang berkepentingan peribadi dan bersikap
rasis melampau berkomplot huru harakan negara. Maka tidak hairanlah
sekiranya Allah turunkan bala tsunami sekali lagi atas sikap
rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan segala yang kita miliki.
Allah telah menjanjikan akan menarik semula yang “Dia” berikan
atas sikap kufur nikmat umat.
Pada
24 Disember 2013 beribu-ribu ikan berpusu-pusu berenang ke pesisiran
pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh ini berlaku di
Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi. Penduduk mengambil
kesempatan untuk memungut ikan tersebut. Ianya merupakan fenomena
pertama berlaku di kampung tersebut. Sebelum berlaku tsunami di Acheh
, perkara yang sama berlaku di Langkawi. Dan pada tanggal 26 Disember
2004 berlakulah tsunami yang menyebabkan persisir pantai barat turut
mendapat tempias sehingga mengorbankan banyak nyawa di Langkawi dan
Pulau Pinang.
Sikap
pembangkang yang berterusan menabur fitnah atas apa sahaja isu yang
mereka boleh manipulasikan dengan menggunakan fakta palsu
yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses untuk
menjatuhkan nilai dan reputasi kerajaan. Setelah pembangkang
gagal merampas kuasa dalam Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini,
mereka beralih pula kepada Demo Jalanan yang bertujuan menggulingkan
kerajaan pada 31 Disember ini.
Mereka
akan menggunakan apa sahaja cara walaupun cara itu terlalu kotor dan
hancing. Sebenarnya fenomena Demo Jalanan ini juga selalu
dianjurkan untuk mengalihkan isu sebenar terutama apabila
hampir tiba tarikh perbicaraan kes Anwar Ibrahim. Beliau gagal
dalam permohonan untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad
Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II
membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd
Saiful Bukhari Azlan. Permohonan Anwar itu ditolak kerana dibuat
berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan
penuh keraguan.
Anwar
cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat beliau dengan
mempergunakan akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang merupakan
seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu
ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan. Manakala
semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya
menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa
kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.
Mat
Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad
pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang
kemudian digunakan oleh Anwar.Tindakan Anwar melengah-lengahkan
pendengaran rayuan tersebut gagal. Oleh itu Mahkamah telah
menetapkan 12 dan 13 Februari 2014 bagi mendengar rayuan
pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan
membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu
peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Ini
merupakan titik mula lagi sekali Anwar mengerahkan perancangan Demo
Jalanan Guling Kerajaan. Tujuan utama beliau untuk MENGALIHKAN ISU
LIWAT. Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit
Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26
Jun 2008
Fitnah
yang melampau dan tindakan kekerasan menganiaya kerajaan yang hebat
dilakukan oleh pembangkang benar-benar menganiaya kerajaan. Doa
mereka yang teraniaya ini insyaallah dimakbulkan. Maka mereka
yang menganiaya kerajaan ini perlu berwaspada dengan janji Allah ke
atas mereka yang kufur nikmat. Jadikan perkara buruk
sebagai sempadan bukannya teladan. Kita tidak mahu rusuhan di
Thailand berjangkit ke negara kita.
No comments :
Post a Comment