Agama
Kristian lebih fleksibel berbanding dengan Islam. Contohnya umat
Islam ditegah melukis wajah Nabi Muhammad tetapi Yesus sebaliknya
digambarkan dengan pelbagai rupa dalam banyak lukisan-lukisan dan
bentuk seni.
Islam di’UBAH’ mereka kelak
Kita
sudah melihat dengan biji mata sendiri bahawa apa-apa sahaja boleh
di’UBAH’ oleh si evangelista di bumi Malaysia ini.
Para
pemimpin mereka pun memang sudah terkenal kaki putar alam. Yang haq
dijadikan mereka sebagai palsu manakala yang palsu pula ditunggang
balikkan mereka sebagai satu kebenaran. Lepas itu, mereka tuduh orang
lain yang terlalu “mudah konpius” dan rapuh iman.
Tidak
mustahil orang bukan Muslim yang licik lagi agresif akan mahu
melenturkan ajaran dan amalan Islam atas alasan ‘fatwa’ ciptaan
mereka sendiri yang mengatakan Islam tidak bersifat kaku (rigid).
Bayangkan
sekiranya ‘Allah’ biar dikongsi bersama. Nanti sifat azali Tuhan
yang Satu akan dipelbagaikan pula umpama wajah dan rupa Yesus telah
berjaya dipelbagaikan.
Credit : Helen Ang
No comments :
Post a Comment